Tuesday, April 28, 2009

Isu Non Muslim

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Beberapa hari yang lalu saya telah berkesempatan untuk bersembang-sembang dengan seorang sahabat lama saya melalui Yahoo Massenger. Pelbagai perkara diperkatakan oleh kami. Antara perkara yang menjadi topik hangat perbincangan kami ini adalah isu yang berkaitan dengan masalah sosial remaja masa kini dan bahaya pengaruh fahaman Wahabi yang melanda mahasiswa dan mahasiswi di Institut-Institut Pengajian Tinggi Awan / Swasta di Malaysia pada waktu ini. Masalah seperti ini begitu membimbangkan masyarakat Islam yang begitu menaruh harapan tinggi kepada muda-mudi ini untuk mengemudi kemajuan negara pada masa hadapan.

Dalam perbincangan itu juga sempat kami perkatakan mengenai keadaan semasa politik tanahair. Isu yang hangat diperkatakan pada ketika ini adalah berkenaan: Adakah boleh orang bukan Islam membaca ayat-ayat al-Quran al-Karim? Perkara ini mula timbul menjadi bahan panas media massa setelah seorang Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis bernama Y.B. Nga Kor Ming dari Pakatan Rakyat (PR) telah membaca ayat al-Quran al-Karim dalam ceramahnya di Bukit Gantang. Perkara ini terus menjadi panas setelah keluar satu kenyataan dari Mufti Kerajaan Negeri Perak iaitu S.S. Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Zakaria yang mempersoalkan tindakan Y.B. Nga Kor Ming tersebut.

Beberapa pihak dari NGO turut serta membuat laporan polis terhadap tindakan Y.B. Nga Kor Ming ini. Mereka mendakwa Y.B. Nga Kor Ming telah mempersendakan al-Quran al-Karim untuk tujuan politik semata-mata. Namun ketika ditanya pula kepada Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perkara ini maka beliau tidaklah menyalahkan Y.B. Ngo Kor Ming di atas tindakannya membaca ayat al-Quran al-Karim. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dan Mursyidur Am PAS turut memuji tindakan Y.B. Ngo Kor Ming yang cuba mendalami dan memahami agama Islam ini.

Oleh hal yang demikian, sahabat saya ini telah mencadangkan kepada saya untuk menyediakan sedikit informasi dan penerangan yang boleh menjernihkan kembali suasana politik tanahair mengenai isu ini. Saya menerima cadangan ini dengan hati yang terbuka. Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menyebelahi mana-mana pihak, namun penulisan ringkas ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk memperbincangkan isu ini secara ilmiah serta membantu memberikan idea dalam menyatukan semula hubungan sesama masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam di Malaysia. Semoga tulisan ini mendapat manfaat yang berguna.


TUNTUTAN KEPIMPINAN DI DALAM ISLAM

Hakikat diutuskan Rasulullah S.A.W. kepada umat manusia adalah untuk memimpin seluruh umat ini dan membebaskan mereka dari kegelapan menuju cahaya kebenaran. Allah Taala juga telah mengutuskan para rasulNya untuk menyeru kepada akidah yang benar dan membawa umat ini keluar dari kemurkaanNya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang rasul pada setiap umat (untuk menyeru): Sembahlah Allah (semata-mata) dan jauhilah thagut.

(Surah An-Nahl: Ayat 36).

Maka kita boleh katakan bahawa makna kepimpinan di dalam Islam adalah merealisasikan khilafah di muka bumi ini demi mewujudkan kebaikkan dan menjalankan proses untuk mengislah umat ini untuk mendapat keredhaan dari Allah Taala. Rasulullah S.A.W. sendiri telah memerintahkan supaya berlakunya kepimpinan itu walaupun dalam bentuk jumlah jamaah atau kumpulan yang sedikit.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Jika tiga orang keluar dalam suatu perjalanan maka hendaklah mereka mengangkat salah satu di antaranya sebagai pemimpin.

(Riwayat Abu Daud).


HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AL-QURAN

01. Berikut adalah fatwa dari Syeikh Atiyyah Saqr (bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar)seperti yang terdapat di dalam kitabnya Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam:

Soalan:

Saya merupakan seorang guru al-Quran al-Karim dan Bahasa Arab. Terdapat nas-nas al-Quran al-Karim dalam sukatan pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua pelajar dan antara mereka adalah orang Islam dan bukan Islam. Maka adakah boleh orang bukan Islam membaca dan menghafal ayat-ayat al-Quran al-Karim?

Jawapan:

Berkata sebahagian ulama: Golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan (boleh) untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk. Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat: Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan (boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat keadaan yang memerlukan yang demikan.

02. Dalam perbincangan dan pertanyaan saya dengan pensyarah hadis kami iaitu Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid Ahmad al-Bar maka beliau mengatakan:

Adapun orang bukan Islam tidak ditaklifkan (syariat Islam terhadap mereka) dan mereka juga tidak suci sepertimana orang Islam maka adalah tidak boleh orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sengaja. Namun jika orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sebab untuk mempelajari atau mendalami Islam maka tindakan mereka (membaca al-Quran al-Karim) itu tidaklah mengapa.


BAGAIMANA MENGHADAPI KHILAF INI?

Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:

Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.
(Lihat kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).

Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelasnya ialah kita tidak boleh menafikan, membantah atau menuduh orang lain adalah tidak betul atau salah kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari ini terdapat segelintir golongan yang menyanggah dan menyalahi kaedah ini lantas menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah di antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia khususnya semenjak sekian lama.

BERSATU DI ATAS NAMA ISLAM

Isu bacaan ayat al-Quran al-Karim oleh Y.B. Nga Kor Ming dalam ceramah politik di Bukit Gantang tempoh hari membawa kepada pertikaman lidah antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Jika permasalahan seperti ini tidak dapat dibendung dan ditangani dengan baik oleh semua pihak, kemungkinan akan berlaku lagi kerenggangan hubungan yang lebih parah antara umat Islam di Malaysia dari semasa ke semasa. Pada pandangan saya, isu ini sebenarnya boleh ditangani dengan baik sekiranya kedua-dua pihak saling berlapang dada dan menghormati antara satu sama lain. Inilah yang diajar oleh Islam kepada umatnya yang berselisih faham supaya jangan berpecah-belah.

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul (Nya) dan pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(Surat An-Nisa: Ayat 59)


Masalah ini akan mula timbul sekiranya ada satu pihak begitu cepat melatah dan cuba memperbesarkan sesuatu isu itu di atas tujuan kepentingan politik masing-masing. Pada saya, kedua-dua tokoh ini (S.S. Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Zakaria dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat) bercakap dan memberikan pandangan mereka secara bebas di dalam kerangka pemerhatian masing-masing. Kedua-duanya mempunyai hujjah dan alasan yang tersendiri untuk kebaikkan umat Islam di Malaysia. Cuma cara dan jalannya sahaja yang berbeza untuk sampai kepada matlamat yang sama iaitu Islam.


Marilah sama-sama kita menasihati diri sendiri dan sahabat-sahabat kita di sekeliling agar jangan terlalu taasub dan cepat melatah terhadap sesuatu perkara itu. Kadang-kala pihak penyokong dan pengikut yang terlebih agresif dan ekstrem sedangkan para pemimpin mereka tidaklah sebegitu rupa. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak agar sentiasa bersatu di atas nama Islam. Berbincanglah dengan baik sekiranya berlaku sebarang permasalahan. Di luar sana musuh-musuh Islam sentiasa memerhatikan gelagat kita ini untuk mencari kelemahan dan kekurangan suapaya mereka dapat menyerang Islam dari segenap sudut.

PENUTUP

Sebenarnya saya tidaklah begitu layak untuk memperkatakan sesuatu mengenai kedua-dua tokoh ini kerana diri ini tidaklah sehebat mereka. Namun di atas dasar Islam dan ilmu, saya tuliskan juga pandangan peribadi saya mengenai isu ini untuk dikongsi oleh semua pembaca. Saya berharap agar medan politik di Malaysia sentiasa di dasari oleh Islam sebagai tunjangnya supaya masyarakat kita dapat berteduh di bawahnya dengan aman dan harmoni. Semoga tulisan saya ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. InsyaAllah.

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahualam

Syabas, JAIPahang

KUANTAN 26 April - Cukup memalukan apabila melihat gelagat sekumpulan orang Melayu beragama Islam lari bertempiaran dan sanggup mengasari pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ketika ditahan kerana membeli nombor ekor di sebuah premis perjudian di sini semalam.

Lebih menyedihkan apabila rata- rata yang bertempiaran lari dan diberkas pada serbuan operasi yang dilakukan pada kira-kira pukul 5.40 petang itu adalah di kalangan orang Melayu yang lanjut usia, malah ada di antaranya hampir dikategorikan sebagai warga emas.

Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abd. Aziz berkata, operasi itu adalah bersempena arahan yang dikeluarkan pada 30 Disember tahun lalu dan mula dikuatkuasakan pada 12 Mac 2009 iaitu melarang umat Islam terlibat dengan kegiatan judi dan mengunjungi premis perjudian di sini.

''Seramai enam lelaki ditahan oleh JAIP dalam operasi yang pertama kali diadakan di dua premis nombor ekor bagi membanteras penglibatan judi nombor ekor di kalangan orang Islam.

''Semua lelaki terbabit berumur antara 29 hingga 54 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

''Sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ghazali berkata, pada serbuan sama, terdapat dua lelaki Melayu berjaya melarikan diri selepas bergelut dengan pegawai JAIP.

Katanya, salah seorang yang diberkas berusia 54 tahun didapati membelanjakan hampir RM189 setiap minggu semata-mata untuk tujuan berjudi nombor ekor.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya akan terus mengadakan operasi yang sama pada masa akan datang.

Katanya, ia akan diadakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk menampal notis larangan berjudi terhadap orang Islam di premis-premis nombor ekor dan lain-lain pusat judi di sini.

''Kita juga berharap pengusaha premis judi akan memberi kerjasama dalam membantu JAIP menguatkuasakan larangan ini.

''Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi JAIP di talian 09-5179346 bagi membanteras kegiatan judi di kalangan orang Islam," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, kata Ghazali, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 30-an serta dua wanita berusia 23 dan 30 tahun kerana dipercayai melakukan maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Datuk Wong Ah Jang di sini awal pagi ini.

Menurutnya, wanita berusia 23 tahun itu didapati membawa bersama bayi lelakinya yang baru berusia enam bulan dan seorang lagi wanita berumur 30 tahun membawa anak lelaki berusia enam tahun ketika serbuan itu.

''Mereka ini akan didakwa mengikut Seksyen 145 enakmen yang sama dan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,'' tegas Ghazali

Wednesday, April 22, 2009

Wajib tolak UMNO

ڤاس مڠڠڬڤ ديري مريك لبيه اسلام درڤد
اورڠ اسلام يڠ لاين، تيدق سڬن سيلو ملتقكن دوسا ڤاهلا ك اتس كرتس اوندي دمي ڤركارا-ڤركارا دنياوي. مريك برجهاد ممڤرجواڠكن حق اسلام دڠن چارا بركومڤرومي دان منوڠڬو رستو درڤد دڤ اونتوق ممبنتوق كراجأن اسلام چارا مريك. اخيرڽ ترباچول كڽاتأن "سوكوڠ دڤ-ڤاس داڤت ڤاهلا" دري كتوا اجرن ڤاس سنديري

Takkan nak menyokong politik UMNO yang terang2an menolak hukum Allah yang menakutkan bukan Islam kepada Islam dengan ungkapan "ramai orang akan cacat bila hukum hudud dijalankan" kemudian "Kalau PAS perintah hukum hudud di jalankan nanti semua orang cina kena sunat tak boleh minum arak dan makan babi" bukan ke ayat2 UMNO ini menunjukkan kekufuran mereka kepada ALLAHswt maka kalau mengundi UMNO malah menyokongnya samalah anda kufur kepada Allahswt maka mana lebih baik Barisan Neraka atau Pembela Risalah (sebab PAs sehingga ke hari ini masih mempertahankan hukum hudud tersebut yang terdapat dalam risalah Allah iaitu Al-Quran..

Kalau UMNO benar2 Islam sepatutnya kamu pun bersama menegak risalah Allah bukan menolak atau memperlekehkannya..

Banyak cerita tak payah la Jaam Islam bukan terletak kepada tulisan Jawi je tetapi pemahaman anda tentang Islam..ooo tulis jawi je Islamiklah ye

setelah buat kenyataan2 yang menunjukkan anda kufur terhadap Allah malah anda memfitnah orang tanpa bukti, berhujah tanpa fakta, adakah ini Islam yang anda katakan??

Macam nilah kalau betul lah UMNO ni Islamik kenapa sampai sekarang UMNO menolak melaksanakan Hukum Hudud?? sebab apa UMNO tolak Hukum Allah ni? takut kat sape pulak??

Anda jawab jangan berbelit bagi hujah lepas tu takde jawapan pun diberi..semua pos anda dalam tulisan jawi langsung tak menjawap persoalan yang anda sendiri timbulkan..Jangan ingat anda seorang je yang reti jawi dalam dunia ni.. nah sekarang jawab..

kalau betul lah UMNO ni Islamik.. kenapa sampai sekarang UMNO menolak melaksanakan Hukum Hudud?? sebab apa UMNO tolak Hukum Allah Swt ni?

Takut kat sape pulak??

Pada awal pemerintahan diakui memang meringgankan beban rakyat malaysia am nya.. banyak program yang membantu dilakukan sehinggalah ramai orang Melayu yang berjaya..

Itu pun hak orang Melayu tergadai juga apabila tulisan Jawi di hapuskan dan digantikan dengan tulisan Rumi..

Sedangkan kita sedia maklum melalui tulisan Jawi lah masyarakat Melayu pada masa tu celik kepada Al-Quran..

Malah jika hal2 berkaitan Islam jika tercabar pun orang Melayu akan bangkit bersatu menentangnya

Contoh: apabila perbicaraan Kes Natrah yang di bela oleh keluarga melayu dituntut ole keluarganya di England dan memohon mahkamah mengiystiharkan Natrah keluar dari Islam.. orang melayu masa tu bangkit menentang keputusan itu termasuklah Tuanku Abdul Rahman..

Tetapi malangnya UMNO mengubah tulisan Jawi warisan Melayu ke tulisan rumi kepunyaan orang Rome yang di gunakan penjajah British. sedikit demi sedikit Orang Melayu semakin Buta kepada Al-Quran sehinggalah ke hari ini..
Bukan British yang hapuskan tetapi UMNO!!

Tetapi sehinggalah di zaman pemerintahan Tun mahatahir UMNO berubah daripada membantu rakyat kepada memeras rakyat apabila dasar penswastaan negara di mulakan
pada masa inilah kerosakkan berlaku apabila program bantuan menjadi perniagaan dan banyak hak2 dan tanah orang melayu tergadai antaranya..

Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan 30 peratus penguasaan ekonomi Bumiputra di selewengkan.. Dengan berbagai Projek dan tender kerajaan di berikan kepada Kroni pimpinan UMNO yang menyebabkan pencapaian hanya 18% sahaja yang dapat dicapai sehingga ke hari ini...

Kekayaan negara yang tidak seimbang hanya tertumpu dikalangan Ahli politik dan saudara-mara Bn sahaja sehingga wujud jurang yang besar antara rakyat termiskin dan terkaya..
Sehinggakan yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya..

DEB jugalah punca di mana segala Projek yang dianugerahkan kepada pimpinan UMNO di Alibabakan sehingga projek yang sepatutnya diuruskan oleh bumiputra jatuh ketangan bangsa lain..Kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya .. Malah kita boleh melihat bagaimana Ketua pemuda bahagian atau cawangan UMNO boleh membina Banglo mewah.. walhal baru setahun memegang jawatan tersebut di sebabkan projek yang mereka terima sebagai imbuhan dan mengalibabakan projek tersebut untuk mendapatkan keuntunggan segara...

Contoh: Bekas MB Selangor Khir Toyo
Mempunyai sebuah banglo yang dalam pembinaan di Shah Alam bernilai Lebih kurang RM29 juta!!! Sedangkan jika dihitung Gaji beliau selama menjadi ahli politik sehinggalah menjadi MB memang tidak mampu memiliki rumah semewah ini...Jadi dimanakah beliau mendapat wang sebanyak ini.??

Memansuhkan biasiswa kepada pelajar IPTA mmenjadi pinjaman PTPTN yang menyebabkan ramai pelajar gagal menjelaskannya walaupun belum mendapat kerja..

walhal ini adalah hak2orang melayu yang terjamin dalam perlembagaan dan di dalam kontrak sosial pun adalah menjadi Tanggungjawab UMNO melalui MARA memberikan biasiswa Percuma!! .. kepada setiap pelajar yang berjaya ke Universiti...

Memberikan tanah rizab Melayu kepada tokey2 yang banyak duit contoh di bukit bintang, menara Tan&Tan dan UniTAR kepunyaan MCA..
Penjualan banyak tanah Rizab melayu ini berlaku di negeri Johor,Melaka,P.Pinang dan perak
dan kebanyakkannya adalah kepada taukeh Cina dari Singapura..

Dan sekarang ini apabila siap Wilayah Iskandar di Johor nanti sebanyak 70% saham di punyai oleh Singapura dan masa tu nanti bolehlah di gelar Singapura kecil di Johor..

Dasar Kerajaan Mahathir ini diterukkan lagi dengan menjadi negara perindustrian apabila banyak kilang2 didirikan.. pada mulanya tokey2 kilang mengambil pekerja tempatan untuk berkerja tetapi untuk menjimatkan kos tokey2ini tadi mula mengambil pekerja asing dan akhirnya pekerja tempatan dipinggirkan..
sehingga kini pekerja asing mencecah 3 juta orang di Malaysia..

Dan akhirnya berlakulah gejala sosial yang parah dalam masyarakat apabila pekerja2 asing yang telah ramai ini mula tidak menghormati undang2 negara dan berlakulah jenayah yang semua sedia maklum..

Dalam Zaman inilah UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana perpecahan dalaman dan rasuah, selepas inilah UMNO makin hilang arah perjuangan kepada rakyat yang mana daripada mengurangkan beban kepada menambah beban kepada rakyat dengan dasar2 yang semua sedia maklum...seperti kenaikan harga barang , harga minyak, cukai2 dan tingginya pengganguran dan kerosakkan akhlak di kalangan anak2 melayu...

Hinggalah dalam PRU ke 13 apabila BN kalah di 5 nagari termasuk di wilayah K. Lumpur BN dilihat masih tiada Perubahan dan banyak janji2 dalam manifesto PRU ke 13 langsung tak tepati antara usaha BN tahun ini ialah:

Mewujudkan JKKKP yang mana sepatutnya tidak perlu kerana kerajaan negeri mempunyai JKKK sedia ada tetapi kerana hendak menjatuhkan kerajaan PR dan memecahbelahkan masyarakat maka ditubuhkanlah jawatankuasa itu.

menaikan harga minyak sebanyak 70sen.

menaikan harga Tol

hanya mencari silap2 kerajaan PR sahaja walhal kerajaan BN mempunyai banyak masalah semasa berkuasa di 5 negeri.. kerajaan PR cuba tidak membalas tetapi UMNO makin teruk dengan tuduhan2 yang tak berasas langsung dan akhirnya kerana BN mencabar, kerajaan PR membongkar satu demi satu salahlaku pemimpin2 BN terdahulu termasuk khir toyo

Hanya tahu memfitnah kerajaan negeri PR sahaja tiada usaha2 berbaik dgn kerajaan PR

Merampas kerajaan Perak melalui ADUN lompat yang UMNOBN tuduh sebagai perasuah dan melantik MB sendiri walhal MB pakatan tidak pun Meletak Jawatan.

Memainkan sentimen Agama , Raja dan kebangsaan selepas kekalahan untuk meraih simpati undi melayu yang mana kita tahu semasa UMNO memerintah perkara2 tersebut langsung tidak di ambil peduli''

Membuat tuduhan berasaskan Fitnah kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak mahu bekerjasama diantara kerajaan negeri PR dan kerajaan Pusat untuk kepentingan Rakyat..

Gagal mengatasi kemerosotan Ekonomi malaysia yang mana rakyat makin terbeban sedangkan bantuan melalui wang rakyat KWSP digunakan untuk Syarikat2 besar sahaja.

Gagal menangani kenaikan harga barang sedangkan harga minyak pun sepatutnya turun75sen tetapi apabila di congak2 berapa kali harga minyak diturunkan hanya 50 sen sahaja yang turun manakala 25sen kekal sehingga ke hari ini ..
Itu pun kerajaan mencanangkan kononnya harga minyak dah diturunkan.. boleh ke dikatakan harga minyak turun sedangkan masih ada baki 25sen yang tak turun lagi??

Tiada tindakan berkesan dalam menghadapi Jenayah yang meningkat, pendakwaan rasuah pilih kasih dan gejala sosial yang semakin parah.

Tidak berjaya mengawal kebanjiran warga asing di malaysia yang mana sekarang ini menjadi penyumbang utama kes2 jenayah di Malaysia.. Sekarang Negro pun dah banyak beb.. Malah kebanjiran ini menyekat peluang kerja untuk rakyat sendiri yang terpaksa bersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia..

Gagal menangani gejala sosial yang makin meruncing dan merisaukan di kalangan anak2 muda,
Malah mengalakkan lagi dengan penganjuran Konsert2, pertunjukkan hiburan, Pesta2an dan rancangan TV yang melalaikan dan tak bermoral.

Supaya rakyat leka dan tidak tahu tentang perkembangan politik di negara ini. Supaya mudah bagi Bn memperbodohkan rakyat untuk mengekalkan kekuasaan mereka..

Gagal melaksanakan perintah Allah dengan memartabatkan hukum Hudud sebagai perundangan tertinggi sedangkan kuasa mutlak terletak di tangan UMNO yang mengaku Islam, walaupun di beri kuasa memerintah negara sehingga ke hari ini..

Dan gagal memberi kefaham yang baik tentang Islam kepada Bukan Islam sebaliknya menakut2kan bukan Islam di negara ini kepada Hukum dan amalan Islam itu sendiri..

Pendek kata hampir tiada janji manifesto yang ditunaikan oleh BN walaupun janji cogankatanya iaitu SELAMAT,AMAN,MAKMUR yang berlaku sebaliknya ialah TAK SELAMAT,TAK AMAN DAN TAK MAKMUR makin corot lagi keadaan Malaysia hari ini dan inilah relitinya..
-----------------------------------


Kerajaan Pakatan Rakyat

Walaupun baru setahun jagung memerintah telah berjaya mengurangkan beban Rakyat seperti:

Mengurniakan 102 ribu lot tanah kepada kg tersusun yang 90% adalah berbangsa Melayu dan 47 ribu kepada kg baru yang 80% adalah bangsa cina..yang mereka ini adalah rakyat miskin di Perak tetapi dilaporkan di Utusan dan Berita harian tanah hanya diberi kepada bangsa cina saja ini satu penipuan dan Fitnah BN

Memberikan hadiah bekalan air bersih percuma 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat. yang mana selama 50 tahun Bn memerintah perkara sekecil ini pun tak boleh dihadiahkan kepada rakyat..

Memberikan bantuan RM2.7juta kepada sekolah S.Agama.Rakyat di Pulau Pinang dibawah PR,Juga bantuan RM 25 juta kepada SAR dan SRJK(C)di Selangor..

Menganugerahkan Tanah kepada sekolah Melayu dan Cina di Perak Untuk mendidik Sekolah tersebut supaya tidak mengharapkan bantuan kepada kerajaan,
sebaliknya mendidik mereka mengusahakan tanah tersebut dan bebas menggunakan hasil yang diperolehi sebagai sumber kewangan sekolah.. Dan menaik taraf sekolah Tamil Juga di negeri Perak

Mewujudkan tabung simpanan kepada bayi baru lahir Yang mana apabila mencecah umur 18 tahun simpanan bayi tadi menjadi beribu ringgit dan berbagai tabung warga emas sebagai usaha menjamin masa depan rakyat di bawah naungan Kerajaan PR

Memberi wang bantuan kecemasan kepada setiap warga emas Selangor yang berdaftar dengan takaful Warga emas dan memberi bantuan RM1,500 apabila berlaku kematian dan baki RM1,000 kepada waris selepas pengebumian untuk menampung beban kos2 pengurusan jenazah..

Memberi Ganjaran RM1000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti yang mana dapat mengurangkan sedikit bebanan pelajar untuk membeli berbagai keperluan Pembelajaran..

Menaikkan elaun Guru Kafa Di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang semua gurunya adalah orang Melayu yang selama di zaman BN memerintah tidak pernah dinaikkan..

Memulangkan semula bantuan perkapita kepada sek agama rakyat yang sebelum ini ditarik diZaman Tun Mahathir dengan menaikkan lagi jumlah bantuan..

memberi kebebasan kepada rakyat memilih AJK surau atau Masjid yang selama ini lantikan dilakukan oleh UMNO saja..

Memberi kebebasan melantik Ketua kg mengikut kehendak rakyat sendiri tanpa campur tangan kerajaan

Memakmurkan surau dan Masjid dengan Program2 Keagamaan yang semasa Zaman pemerintahan BN begitu Suram..

Membaiki jalan raya contoh di Sg buluh dan Sabak Bernam tanpa perlu menunggu pilihanraya tiba..walhal jalan tersebut dah terlalu teruk dizaman BN memerintah lagi..Zaman BN dulu nak kena tunggu PRK atau PRU baru nak repair jalanraya tu..

Mengiystiharkan harta Ahli Exco dan MB serta Adunnya yang mana sampai ke hari ini Tiada sorang pun pemimpin BN berani membuat pengiystiharan harta..

Membuat Program Keislaman dengan solat di tempat2 awam supaya rakyat mencontohi dan mengikuti program bina Insan tersebut dengan dipimpin MB PR sendiri yang takkan pernah terjumpa dalam Pimpinan Umno..

Menganjurkan Program2 dan bengkel kemahiran untuk belia2 yang ketinggalan dan tiada pekerjaan sebagai persediaan melahirkan pekerja berkualiti pada masa akan datang.
seterusnya memberi sinar harapan kepada Belia2 yang ketinggalan ini untuk menjadi insan berguna..

Mengiystiharkan Fasa kedua menunaikan janji manifesto PR setelah Fasa 1 telah berjaya dilakukan

Mengaktifkan Lembaga Zakat dengan memberi bantuan kepada yang benar2 miskin... sehingga kini di Sabak Bernam hampir Tiap2 bulan adanya program2 bantuan Zakat diberikan..

Jadi kesimpulannya anda sendirilah menilaikannya perbezaan antara kedua2 kerajaan tersebut Yang mana lebih mementingkan kebajikan dan mengurangkan BEBAN RAKYAT..

fikirlah dengan hati yang ikhlas bukan mengikut emosi kepartian ataupun kekeliruan fikiran..

Ubah Minda Selamatkan Malaysia..

Wassalam

Tuesday, April 21, 2009

Singapore lapar lagi

Pakcik PAK ni dah nyanyuk ye... kesianye pakcik nih.. PAk cuba anda perhati betul2 Siapakah yang menjadikan Pulau Singapura bukan milik Melayu lagi???

Cuba Pak tanya kat Muhyiddin Yassin berapa banyak tanah kat sekitar Larkin, Kg Melayu Majidee dan banyak lah kawasan kat Johor tu dia jual kat Tokey2 singapura..

Cuba Pak tanya Pak Lah berapa banyak saham dan tanah orang Singapura bila Wilayah Iskandar Siap nanti??

Cuba tanya Chet Det yang dia sibuk sangat Jambatan Bengkok untuk singapura tu pasai apa?? Sedangkan di Semenanjung,Sabah dan Sarawak banyak kawasan yang memerlukan Jambatan kenapa Singapura yang Chet Det sibuk sangat???...

Cuba Pak tanya kat Rais Yatim berapa dia harga dia jual Pulau Batu Putih kat Singapura jugak Senang betul kalah ada apa2 ke???..

Cuba Pulak Pak tanya Bekas MB perak tajol Rosli berapa Banyak atau ribu ekar tanah dia dok bagi kat YTL dan Syarikat gergasi lain ,dan berapa pulak buah pulau dia bagi kat tokey cina Orang Singapura jugak...???

Tanya pulak Khairy berapa banyak pulak saham Pantai holding dia jual kat Singapura ..Singapura lagi???

Tanya Pulak Bekas Menteri Pelancongan Dato Azalina berapa banyak dia jual Iklan Singapura kat Malaysia ni dan apa yang menarik sangat kat Singapura tu sampai Malaysia terhegeh2 nak Promosi bekas Tanahnya sendiri...Sigapura lah..

Dan kita dibodohkan Selama 50 tahun perintah memang lah dia tak jual semua .. Kerajaan BN dan konco2nya jual sedikit demi sedikit sehingga kita tak perasan tanah Johor beratu ribu Ekar kepunyaan Singapura, Tanah di Perak banyak dijual kepada tokey cina Singapura, Air yang kita punya pun boleh jual 3 sen segelen kat singapura bagus2, saham pantai pun jual kat Singapura..

Belum cerita Pasal Genting Highlands Lagi, Cameron Highlands lagi, Bukit Tinggi lagi dan Tanah2 di Pulau2 di Pantai timur Terengganu,Pahang dan Johor pun banyak yang dijual ke bangsa Asing..

Tapi yang pelik kan kebanyakkan nya di jual ke Singapura...Maka jika lagi 50 tahun lagi Kerajaan BN memerintah tak hairanlah Kalau Johor, Melaka, perak akan menjadi negeri Singapura jugak bukan ke Singapura tu sekutu Yahudi Israel?? Kenapa UMNO beriya2 suka sangat ambik berat kat Singapura ni apasal??..Sekutu Singapura dan Israel dalam diam ke??

Pak jangan Anda masa tu baru nak cakap... kenapalah aku tak sedar dari dulu lagi nih habis tanah Air ku tergadai.....

Hem alahai MelayuUMNO...

Saturday, April 11, 2009

Kabinet Najib

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad MaslanT Murugiah

Menteri kewangan IDatuk Seri Najib Razak
Menteri kewangan IIDatuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
timbalan Datuk Chor Chee Heung, Datuk Dr Awang Adek Hussin

Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin
timbalan Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi

Menteri pengangkutan Datuk Ong Tee Keat
timbalan Datuk Abdul Rahim Bakri dan Datuk Robert Lau Hoi Chew

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
timbalan Datuk Hamzah Zainudin

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
timbalan Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Jelaing Mersat

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
timbalan Datuk Joseph Salang Gandum dan Senator Heng Seai Kie

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
timbalan Noriah Kasnon

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal
timbalan Datuk Hassan Malek dan Datuk Joseph Entulu Belaun

Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
timbalan Datuk Dr Hou Kok Chung dan Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Mustapa Mohamed
timbalan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Jacob Dungau Sagan

Menteri sains, teknologi dan inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili
timbalan Fadillah Yusof

Menteri sumber asli dan alam sekitar Datuk Douglas Uggah Embas
timbalan Tan Sri Joseph Kurup

Menteri pelancongan Datuk Ng Yen Yen
timbalan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Menteri pertanian dan industri asas industri Datuk Noh Omar
timbalan Datuk Johari Baharum dan Datuk Rohani Abdul Karim

Menteri pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
timbalan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Menteri kerja raya Datuk Shaziman Abu Mansor
timbalan Datuk Yong Khoon Seng

Menteri kesihatan Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek
timbalan Datuk Razali Ibrahim (timbalan)Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia Datuk Dr S Subramaniam
timbalan Datuk Maznah Mazlan

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna Datuk Ismail Sabri Yaakob
timbalan Datuk Tan Lian Hoe

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan Datuk Kong Cho Ha
timbalan Datuk Lajim Ukin

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil timbalan Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri luar Datuk Anifah Aman
timbalan A Kohilan Pillay dan Datuk Lee Chee Leong


Menteri wilayah persekutuanDatuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
timbalan Datuk M Saravanan

Tuesday, April 7, 2009

Teruskan PR keSabah & Serawak

Kepada pengundi Pakatan Rakyat taniah, walau pun tewas diBtg ai. semuga terus lagi berkenpem dan meniup semangat kebencian kpd BN, terutama disabah & serawak. Sebab ianya akan diperbanyak kawasan perlimen oleh SPR bagi mengimbang ketidak stabilan BN di semenanjung. Bersatu semua bangsa diMalaysia demi menghabiskan pengaruh BN diPRU13 nanti. Hanya inilah peluang yg terakhir kearah mengenggelamkan BN yg sedang lemas. Ini pun hasil dari dari tamakkan harta, rasuah (Ali Rustam, Azalina Othman dll), penyalah guna kuasa dgn gunakan duit rakyat utk peribadi, penzina, menyekat kebebasan bersuara dll. Biar BN merana hasil tingkah lakunya yg biadap, sembur org ramai dgn pemedih mata, tembak dgn peluru hidup dsb