Monday, December 29, 2008

Politik baru

kita bagi belon ke budak-budak dihari mengundi, utk semua BN/Pakatan Rakyat. Org umno tengok yg pegang belon semua org PAS, dia pun sokong pas ...hehhh kita memang. Utk semua pengundi kita bagi meneral water & payung. Tak kira Bulan atau Dacing. Mereka tengok kawannya dapat Payung bulan, dia pun pakoh bulan .... Wan Mutalib calon yg sesuai, selepas itu baru Abg Mat. Wassalam

Thursday, October 30, 2008

Dulu Kini Selamanya?

Lama sudah saya tak menulis artikel seperti ini kerana kekangan kerja dan tugas-tugas politik semasa yang menghalang saya tetapi pagi ini seolah-olah baru sedar dari lamunan saya mendapat idea dan harap dapat ia dapat dikongsikan dengan semua blogger yang wujud di dunia maya ini. Insya Allah. Saya memilih tajuk ini selepas menjalankan sedikit kajian yang berkaitan dengan harapan dapat menyedarkan umumnya ahli UMNO yang tidak sedar diri mereka sudah diperalatkan oleh pemimpin yang tampak indah peribadi tetapi sebenarnya sampah yang menyelubungi diri. Bukanlah niat saya untuk menyeru ahli-ahli UMNO meninggalkan perjuangan tetapi lebih kepada perbetulkan setiap tingkah yang ditonjolkan oleh pemimpin kesayangan mereka yang jelas mempermainkan kesetiaan mereka dalam setiap perbuatan politik mereka. Semoga artikel ini menarik perhatian pencinta UMNO yang berani melaksanakan perubahan drastik demi memastikan UMNO terus relevan untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun lagi.

UMNO...DULU BAGAIMANA???
Diasaskan 11 Mei 1946 oleh Datuk Onn bin Jaafar, datuk kepada Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein (kalau mengikut definisi yang pernah dikemukakan oleh cucunya ini maka Datuk Onn layak digelar sebagai Petualang Bangsa).Diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Feberuari 1988.

Antara Asas dan Tujuan:-
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendokong cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama dan negara.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah sebuah pertubuhan parti politik bertujuan untuk menentang Malayan Union, mempertahankan hak ketuanan Melayu dan kedaulatan Raja-raja seterusnya memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah. Perjuangan UMNO yang berteraskan Melayu tidak menyimpang dari kehendak Islam.

Ketegasan UMNO untuk agama Islam terbukti dengan tertakluk dalam perlembagaan

yang menyebutnya di dalam fasal 3.3 :

‘Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan agama.’


Hakikat Sebenar (10 tahun terakhir):-
1. Menghapus tulisan Jawi

2. Perompak harta negara

3. Pengkhianat bangsa Melayu


UMNO...KINI MACAMANA???
Diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat yang kini bukan lagi ahli dan mungkin hanya diterima permohonan menyertai kembali UMNO selepas pergi Pak Lah pada Mac 2009( itupun kalau Pak Lah betul-betul pergi) iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988 selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pendaftarannya oleh mahkamah.UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu, bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih satu billion.(fakta yang pelik ialah bagaimana Pendaftar Pertubuhan boleh membenarkan UMNO (Baru) menggunakan Perlembagaan UMNO, lambang UMNO, lencana UMNO dan bendera UMNO sedangkan UMNO telah pun DIHARAMKAN oleh Mahkamah Tinggi Malaysia pada 4 Februari 1988?)

Asas dan tujuan penubuhan semula:
UMNO (BARU) adalah sebuah parti politik yang berjuang mendokong cita-cita
Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama dan negara serta ingin menyelamatkan aset UMNO semasa yang bernilai lebih dari satu billion.

Hakikat yang hakiki (10 tahun terakhir):-
1. Melahirkan ramai pengamal RASUAH yang hebat

2. Perompak harta UMNO dan negara

3. Perompak wang Tabung Haji dan KWSP

4. Pengkhianat bangsa Melayu (menghentam raja-raja Melayu)

5. Memenjara bangsa Melayu melalui tuduhan palsu dan hukuman

tanpa bicara (ISA)

6. Menghina Nabi Muhammad s.a.w

7. Menyekat dakwah ISLAM yang sebenar

8. Memperlekeh Al-Quran dan penentang hukum ALLAH

yang hebat

9. Meroboh surau dan masjid ALLAH

10. Menyokong program hiburan maksiat

11. Membiarkan gejala MURTAD terus menular dalam
kalangan bangsa Melayu

12. Memperkenalkan Mazhab baru iaitu HADHARI (difahamkan
ia singkatan daripada (Ada HAD pada HARI tertentu)


Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara dua wajah UMNO ini tetapi sekurang-kurangnya ia mempunyai sedikit persamaan iaitu tiga dari empat mantan Presidennya pernah keluar dari UMNO.

UMNO...SELAMANYA JADI LAGU MANA???

Tsunami Politik Pasca PRU-12 ternyata mengubah segala yang indah buat UMNO kerana sehingga ke saat artikel ini ditulis UMNO masih gagal mengurus kekalahan mereka sehinggakan ada dalam kalangan pemimpin terang-terangan berkonfrontasi dengan Presiden UMNO semasa dan UMNO sebenarnya telah terbahagi kepada beberapa kabilah yang menyebabkan ia sukar untuk bercakap soal kesatuan bangsa apatah lagi menjulang ketinggian adab dan agama Islam. Kegagalan mereka diteruskan lagi dengan pengisytiharan keluar dari UMNO bersyarat oleh Mantan Presidennya sendiri dan kemasukan Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan yang merupakan musuh sampai ke mati antara kedua tokoh tersebut.

Soalnya, apa lagi kekuatan yang tinggal pada UMNO jika kita renung kelakuan dua tiga 'partner' UMNO dalam Barisan Nasional yang mula berani menuntut hak
dan meminta sesuatu yang cukup asing bagi mereka untuk menyuarakan secara terbuka sepanjang 3 dekad yang lalu. Mengapa, kenapa, bagaimana, apa, bila dan di mana
UMNO sekarang??? Itulah persoalan yang akan dibangkitkan bila ada insan cuba bicara tentang kelangsungan politik Melayu UMNO ini. Adakah ini petunjuk dari Allah
bahawa sesuatu perjuangan yang berteraskan kebangsaan akan lupus selagi ia tegar berpegang kepada soal pokok ketuanan bangsa dan bukan ketuanan agama yang mungkin
terlalu sensitif untuk disentuh? Hakikatnya, UMNO semakin hari semakin lemah dengan perebutan kuasa dan jawatan oleh golongan 'elites' yang bertarung dengan kelompok kecil golongan kasta bawahan yang ada sedikit keberanian untuk bersaing atas nama perjuangan rakyat walaupun dinafikan pelbagai hak mereka. Saya yakin satu hari, ahli UMNO akan kembali menginsafi hak mereka sebagai ahli yang mendukung perjuangan sebenar bila mana UMNO asal ditubuhkan 62 tahun dahulu dan pada ketika itu walau mungkin ia sudah terlewat tetapi sekurang-kurangnya mereka menggunakan hak mereka secara amanah dan telus untuk memberikan tempat kepada pemimpin yang bersifat pejuang bukannya bersifat perakus dan pengaut khazanah dan harta rakyat sebagai pimpinan mereka. Saya yakin pada ketika itu, UMNO akan kembali menguasai keadaan dan berjaya akhirnya menguruskan apa yang termaktub sebagai kekalahan paling teruk sebuah parti yang dikatakan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Monday, October 27, 2008

Asean news

web best:

http://www.asiasentinel.com/

Krisis Bursa Bingung

Hari demi hari pasar bursa memberikan excitement yang berbeda. Hampir setiap hari di hamper semua lantai bursa pada pekan ini mencatatkan rekor kejatuhannya. Pada kamis ini Dow Jones mencatatkan rekor kejatuhan tujuh kali berturut-turut. Kini Dow mencatatkan nilai indeks dibawah angka 9000 dimana 2 hari yang lalu baru saja memasuki nilai dibawah 10.000. Berarti angka indeks itu adalah angka yang terburuk sejak tahun 2003, bermakna juga kemunduran 5 tahun kebelakang.

Dengan kondisi kacau seperti saat ini, maka muncullah keraguan yang mempertanyakan kredibilitas para pelaku pasar dan regulatornya. Karena memang di sector keuanganlah berkumpulnya manusia-manusia cerdas dengan gaya hidup kelas atas. Dimana "kesaktian" standard-standard seperti good governance, risk management, transparency, market discipline dan lain-lain. Atau sebenarnya mereka tidak concern dengan hal itu karena perhatian utama lebih tertuju bagaimana mencetak keuntungan. Dan berkelit dari segala ketentuan dianggap sebagai informasi lebih yang kemudian melayakkan mereka mendapatkan profit.

Bagaimana di Indonesia? Mungkin kalangan industry keuangan Indonesia sedang (semakin) bingung, apa yang harus mereka lakukan menghadapi krisis ini. Mereka saja belajar GCG, risk management dan segala tetek bengek standard keuangan dari biangnya keuangan yaitu Amerika. Dan kini mereka lihat "guru" mereka hancur dengan standard yang mereka yakini/kampanyekan kepada seluruh negara di dunia. Namun terlepas dari itu semua, melihat perkembangan ekonomi Indonesia saat ini dan anatomi krisis yang mulai menghinggapi perekonomian Indonesia. Saya masih optimis bahwa ekonomi Indonesia akan mampu bertahan meskipun tentu lajunya akan tertekan. Itupun kalau data-data yang ada mencerminkan kondisi yang sebenarnya.

Konsumsi automotif, pertumbuhan kredit dan investasi Indonesia hingga akhir semester pertama 2008 menunjukkan kecenderungan yang positif. Jika pasar modal terpuruk maknanya ada informasi yang tak sama antara yang terjadi di sector riil dan yang beredar di lantai bursa. Harapannya apa yang terjadi di lantai bursa kita hanyalah sentimen negatif yang sudah menjadi kelaziman di sana, yaitu merujuk pada apa yang menjadi kecenderungan di seluruh pasar modal dunia khususnya Amerika. Namun perlu juga dicermati seberapa besar dana-dana sector riil terikut dalam perdagangan dilantai bursa, karena ketika bursa hancur sudah pasti akan ada kesulitan likuiditas pula yang terjadi di sector riil sehingga akan berpotensi mengacaukan prediksi awal tadi.

Economist HSBC di Hong Kong berpendapat bahwa apa yang terjadi di Asia secara nature berbeda dengan apa yang terjadi di Amerika dan Eropa. Sehingga ia mendukung posisi pemerintah masing-masing negara Asia untuk tidak melakukan program terpadu, merujuk pada perbedaan respon kebijakan dari tiap-tiap negara. Saat ini memang mayoritas bank sentral masing-masing negara Asia melakukan pemotongan tingkat suku bunga, tetapi ada juga yang menaikkan suku bunga mengingat struktur dan kondisi perekonomian yang tidak memungkinkan. Pendapat ini sejalan dengan data-data yang ada di lapangan khususnya perkembangan di sektor riil.

Beberapa waktu kedepan adalah waktu pembuktian seberapa kuat ekonomi Indonesia menghadapi badai ini. Selain itu, waktu kedepan juga akan menjawab apakah data kinerja perekonomian riil Indonesia sebaik yang dipublikasikan. Wallahu a'lam.

Baby Carrots safe?

The following is information from a farmer who grows and packages carrots
for IGA, METRO, LOBLAWS, etc.

The small cocktail (baby) carrots you buy in small plastic bags are made
using the larger crooked or deformed carrots which are put through a machine
which cuts and shapes them into cocktail carrots..... . most people probably
know this already.

What you may not know and should know is the following:

once the carrots are cut and shaped into cocktail carrots they are dipped in
a solution of water and chlorine in order to preserve them (this is the same
chlorine used your pool)

since they do not have their skin or natural protective covering, they give
the m a higher dose of chlorine. You will notice that once you keep these
carrots in your refrigerator for a few days, a white covering will form on
the carrots,

this is the chlorine which resurfaces. At what cost do we put our health at
risk to have esthetically pleasing vegetables which are practically plastic?

We do hope that this information can be passed on to as many people as
possible in the hopes of informing them where these carrots come from and
how they are processed.

Chlorine is a very well known carcinogen. Please let us make this
information available to as many people as possible.

If you care about your family and friends, pass it on.

Babi punca barah

Cancer-causing antibiotic found in popular luncheon pork

SINGAPORE- The agent of a popular mainland canned pork product has initiated a recall and suspended sales after tests showed a sample contained a cancer-causing antibiotic.

The Centre for Food Safety yesterday revealed this after laboratory tests showed a sample of Shanghai Ma Ling B2 340g pork luncheon meat (less sodium) was found to have traces of nitrofurans.

The batch number is B2 5 for the product, which carries a best-before date of December 26, 2009 . According to the sole agent, the canned pork was imported on only two occasions - last December and January this year. The scare spread when Singapore's Agri -Food and Veterinary Authority detected carcinogenic traces in a consignment of canned pork from Ma Ling and Gulong food processing factories.

These brands have been banned from entering Singapore since August 2007 for containing nitrofurans( an antibiotic for pigs)
Chinese Malaysians pls be cautious !

New Case - ATM

NEW CASES

(1) Today I passed by a building which has an ATM machine. There was an old man looking at me and suddenly called me. He said he doesn't know how to read, so he gave me an ATM card and asked me to help him take money from the ATM machine. I answered him 'NO!! If you need help, ask the security to help you.' Then he said never mind....' and just continue to find other people to help him...

REMEMBER: ATM machines have CCTV. If you help him, and later he says you have robbed him or stole his ATM card or even his ATM card wasn't his too. So please be careful for these frauds.

(2) When the house electricity suddenly goes off, seeing from the windows that y neighbors still have lights, went out my house to check the Meter Box. But once i open the door, a knife was pointing at the door to stop me from closing it. And they robbed and injured us.

REMEMBER: Even though your electricity suddenly goes off, DO NOT open ur door immediately. Look around to see if there is anything unusual or sounds.

(3) This is another story. You think you had heard it before, but this is slightly different. It's about a girl, she saw a kid by the roadside crying. When she asked the kid, the kid said he was lost and wanted her to take him home. The kid even gave her a paper which he said it was his house address. So she took him home. But when she rings the bell on the door. She was shocked by pressing the door bell with high-voltage electric. Once she woke up, she was naked in an empty room.

REMEMBER: Being such a compassion person might not be a good thing. Pass this on and girls, especially, please be careful...AND DON'T BE TOO GOOD!! Another way is to help by calling the police to assist sending the kid home.

(4) One day, there was an old lady outside my house holding 2 packets of sweets. At first I thought she was our neighbor and wanted to give us these packs of sweets as a gift. But then when she talks, I can hear that she is a foreigner I guess, because I don't really understand what she is talking about. But I know that she is asking for money. And it just feels that there's something wrong. I immediately closed the door and ignored her.

(5) I was at the ATM machine to take my money. Behind me, there was an old lady asked me whether I'm able to take my money or not, because she said there's a button might be spoiled, and I don't know since when a small girl came beside me. The small girl was squeezing to my side but I didn't notice, I thought she was just naughty and playful. But then, the small girl put her hand at the hole of the ATM machine where the money comes out, ready to take my money. I felt something wrong and immediately push the small girl away. Then I thought, the small girl and the old lady cooperate together to take my money. The old lady distracted me so that the small girl can take my money away.

REMEMBER: Be VERY CAREFUL when you are at an ATM machine and be alert for anyone suspicious around you.

(6) My parents are retired and they stay at home. One afternoon, there was a young stranger said his motorcycle has no more petrol and the petrol station is too far, it's hard to push the motorcycle for such a long distance, so he asked my parents for an empty coke bottle to buy petrol. He said he will pay 2, 3 bucks for it. So my mum took one coke bottle for him. He really did took out money from his pocket, but it was a RM 100 note, and even let my mum to find change for him. But luckily my mum was smart; she said just take and go.

REMEMBER: obviously that note is fake!! Who would want to pay for a stupid empty coke bottle!! It's OBVIOUS to know that that stranger is a fraud!!

(7) This happened in Bali. A newly married couple was having their honeymoon at the hotel. When both are in the changing room, the wife suddenly gone missing. The husband was very anxious and went around to find her. He asked the hotel staffs to help him find her too. Then he thought his wife was just playing hide and seek or wat. So he went back and waited for his wife. After a few hours, he decided to call the police. 3 weeks has passed, there were no news about his missing wife. So he went back and his honeymoon just ended up like that. He was so disappointed and has no mood to work and so he went to travel to other places. Few years later, he came back to Bali, to watch 'FREAK SHOW' in an old house. He saw a dirty and rusty metal cage; there was a lady without limbs, body including the face, full of scars. When she was distorted on the ground, she gives out a sound of a monster-like voice. When he saw her face, he was shocked. He could not recognize the face anymore, her missing wife's face with a red birthmark.

(8) This happened in shanghai. Few years ago, a girl reported to the police that her cousin sister was missing in the shopping complex. But after 5 years, one of her friend found her cousin sister begging beside one of the street in Bangkok, Thailand... The worst thing is that her cousin sister has no more limbs and her body is tied to a lamp post with a Shackle (metal chain).

(9) Let's just shorten this story. DO NOT open your house door when you hear some sound of a BABY CRYING!! It might be a trap! Women in the house must be alert in these cases. The police said it will be a murderer using a recorder with de baby crying sound to attract your attention. These normally happen at night and when you are only alone in the house. GIRLS, especially, please be careful.

(10) I read an email that was sent by my friend. Her friend, which is known as A, went to Luo Hu Commercial City with 2 friends, B and C. Luo Hu Commercial City is Shenzhen counterfeit goods distribution center, there are many people there, it's also near to the ShenZhen train station and Hong Kong's Luo Hu Port. It's says, C wants to go to the toilet. So A and B waited outside. But then after they waited for so long, they felt weird and went into the toilet to ask her to hurry up. But once they went in, there were nobody inside there. Both were scared as they called C's phone but no one answered. So they called the police. The police asked them whether they had saw anybody suspicious went into the toilet. Both said there were none and it's impossible to bring an alive person with more than 100 kg out of the toilet without them noticing. Then A remember there was a cleaner pushing a trolley in, and then came back out...the police told them this is not the 1st time happening. The police have already suspect a gang of criminals that always attacks the toilet in a complex where many people are. They use cleaners to kidnap or trafficking in human organs.

REMEMBER: please be careful when using the toilet. For anybody, not only girls, boys too!! Do not go to the wash room or toilet ALONE!! Please at least have a partner with you.

Sunday, October 26, 2008

MCA - Soi Lek dapat tempat?

MCA Election Results 2008 : The New MCA Team 2008-2011

President: Ong Tee Keat won 1,429 votes vs Chua Jui Meng 917 votes

Deputy President: Chua Soi Lek won 1,115 votes vs Ong Ka Chuan 1,001 votes, Donald Lim Siang Chai 209 votes, Lee Hack Teik 10 votes.

Vice Presidents:
Kong Cho Har won 1,798 votes
Liow Tiong Lai won 1,725 votes
Ng Yen Yen won 1,659 votes
Tan Kok Hong won 1,329 votes

Ministership and Deputy Ministership losers: Ong Ka Chuan, Chor Chee Heung.

Central Committee members (in order of top votes obtained)
(1) Lee Wei Kiat
(2) Wong Foon Meng
(3) Tan Chai Ho
(4) Tan Cheng Liang
(5) Hou Kok Chung
(6) Lee Chee Leong
(7) Gan Ping Shou
(8) Yu Chok Tow
(9) Wong Nai Chee
(10) Lee Sing Chooi
(11) Wee Jeck Seng
(12) Gan Tian Loo
(13) Yeow Chai Thiam
(14) Chong Itt Chew
(15) Hoh Khai Mun
(16) Ti Lian Ker
(17) Liew Yuen Keong
(18) Wong Mook Leong
(19) Paul Kong Sing Chu
(20) Edward Khoo Keok Hai
(21) Tee Siew Kiong
(22) Loh Seng Kok
(23) Wong Siong Hwee
(24) Por Choo Chor
(25) Loke Yuen Yow
the information of the MCA Election Results is extracted from
http://mylivingwall.com/v3/index.php/Wall-of-Blogs/

Dirogol dlm bas sekolah

PETALING JAYA: Seorang pemandu bas sekolah merogol seorang pelajar berusia 14 tahun dalam kenderaan itu dalam satu kejadian di Sungai Way di sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, lelaki durjana itu yang menjalankan rutin hariannya mengambil pelajar di sekitar Petaling Jaya menggunakan kesempatan ketika gadis itu menaiki bas dipandunya berseorangan.

Difahamkan, pelajar malang itu yang juga penumpang pertama menaiki bas terbabit, dirogol pemandu bas itu yang membawa kenderaannya ke satu lokasi tersorok sebaik mangsa menaiki bas untuk ke sekolah.

Lelaki itu menutup pintu bagi mengelak pelajar tingkatan dua itu menjerit meminta tolong atau lari menyelamatkan diri sebelum merogolnya.

Selepas memuaskan nafsu serakahnya, pemandu bas itu tanpa belas kasihan dan rasa bersalah meninggalkan pelajar berkenaan di tempat kejadian menyebabkan mangsa terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah sambil menangis.

Menurut sumber, bapa pelajar itu membawa mangsa yang masih berpakaian seragam sekolah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk membuat laporan.

Susulan laporan itu, polis menahan pemandu bas terbabit bagi membantu siasatan.

"Lelaki berusia 20-an itu ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam (kelmarin). Suspek sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung anak sulung mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Lelaki itu kini ditahan dan akan direman mulai esok (hari ini)," katanya.

'Cinta Perdana' - Sek. Dungun

KUALA TERENGGANU - Sebuah sekolah di pedalaman Dungun yang menjadi lokasi rakaman klip video aksi panas pelajar perempuan bertajuk 'Tayangan Perdana', diserbu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), semalam.

Sumber dalaman sekolah itu memberitahu Kosmo!, pegawai-pegawai terbabit datang kira-kira pukul 12 tengah hari untuk menemui pihak pentadbiran dan unit kaunseling sekolah bagi bertanyakan rekod pelajar berkenaan.

Bagaimanapun, Kosmo! difahamkan usaha menemui 'pelakon' utama dan perakam aksi itu yang merupakan pelajar sekolah berkenaan tidak kesampaian kerana kedua-duanya tidak lagi bersekolah di situ.

Sumber itu memberitahu, satu 'pelan' khas telah dibuat bagi menutup kes tersebut iaitu dengan memindahkan pelajar perempuan terbabit ke sekolah di luar Dungun kira-kira seminggu lalu.

"Pelajar lelaki terbabit pula sudah berhenti sekolah minggu lepas mungkin untuk menutup malu keluarganya dan pihak sekolah," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, kedua-dua urusan pertukaran dan pemberhentian pelajar terbabit dilakukan secara senyap oleh pihak sekolah berkenaan.

Kosmo! semalam menyiarkan rakaman klip video panas menampilkan aksi seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Dungun yang dirakam seorang pelajar lelaki lain ketika berada dalam kelas.

Gadis diumpan keAfrika

Gadis kurier digula-gula

Oleh TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Jika dalam kegiatan pelacuran ada 'ibu ayam' sebagai orang tengah, kegiatan menyeludup dadah ke luar negara juga ada perantaranya yang memainkan peranan sama.

'Ibu ayam' dalam sindiket kurier akan diupah sama ada oleh lelaki Afrika atau Timur Tengah supaya mencari gadis- gadis keluarga miskin yang inginkn kehidupan mewah.

Difahamkan, kegiatan 'sindiket Awang Hitam' itu kini mula masuk ke kampung-kampung di seluruh negeri kerana 'ibu ayam' sukar mendapat gadis bandar untuk membawa gold dust (serbuk emas) ke Eropah.

Modal 'ibu ayam' untuk menjerat gadis kampung amat mudah iaitu dengan menawarkan pakej bercuti ke luar negara dengan perbelanjaan serta wang saku dibekalkan.

Bagaimanapun, ada juga kes- kes gadis atau rakyat negara ini akan terjerat dengan sindiket itu melalui internet.

Mengulas lanjut mengenai kegiatan ini, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, melalui siasatan, kebanyakan kes yang diterima melibatkan gadis berusia antara 20 dan 30 tahun.

Menurut beliau, sehingga kini seramai 118 wanita tempatan dikesan ditahan di luar negara kerana kesalahan membawa dadah.

"Selepas digula-gulakan dengan hasil lumayan yang bakal diperoleh, mangsa sanggup menipu ahli keluarga dengan memberitahu ada pihak yang mahu menaja mereka ke luar negara.

"Gadis-gadis itu tidak akan mendedahkan mengenai dadah yang terpaksa dibawa menyebabkan keluarga akan terkejut apabila ada maklumat anak mereka ditahan di luar negara kerana membawa dadah," katanya dengan memberitahu mangsa memang mengetahui mereka dikehendaki membawa bahan larangan tersebut.

Menurut beliau, setiap mangsa yang setuju dijadikan kurier, akan dibekalkan sekurang-kurangnya dua kilogram dadah dan biasanya ditawar upah RM20,000 setiap perjalanan berserta kemudahan lain termasuk elaun harian.

Saturday, October 25, 2008

Muhyiddin tersingkir

KETIKA bercakap di Beijing, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan beliau akan merombak kabinet, sedikit sebanyak merisaukan beberapa orang yang 'sudah tersindir' dengan pukulan paling keras Abdullah Ahmad Badawi, di minggu ketiga bulan Syawal.

Mungkin rombakan yang hendak dibuat, ekoran kemenangan beberapa nama baru dalam MCA, termasuk Dato' Seri Chua Soi Lek yang kini menjadi Timbalan Presiden, tetapi sedikit sebanyak, ada beberapa kerusi Umno dikatakan turut tergugat dengan perkembangan terkini.

Abdullah dikatakan betul-betul terpukul dengan kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai kempen panjang dalam pemilihan Umno hingga menyebabkan, Abdullah dikatakan melafazkan sokongannya terhadap seorang lagi Naib Presiden, Mohd Ali Rustam supaya meneruskan niatnya bertanding Timbalan Presiden Umno.

Walaupun Muhyiddin sudah manafikan kenyataannya itu, mengaitkan dengan Pelan Peralihan Kuasa antara Abdullah dengan Najib Tun Razak, tetapi beberapa pihak termasuk Shahrir Abdul Samad, Syed Hamid Albar dan Tajol Rosli Ghazali, turut 'membelasah' Muhyiddin yang dilihat tidak patuh kepada persetujuan asal Majlis Tertinggi (MT), supaya pemilihan diadakan Mac, 2009.

Menurut Muhyiddin, apabila wartawan bertanya, apakah kesan kepada kempen yang berpanjangan, jawapannya hanya menyentuh kemungkinan berlaku perkara-perkara kurang baik dan tidak ada langsung mengaitkan dengan dipercepatkan lagi, atau difikirkan semula isu Pelan Peralihan Kuasa.

"Saya tidak faham mengapa mereka (PM, Syed Hamid, Shahrir dan Tajol Rosli) menyerang saya sedangkan saya juga seperti mereka, akur dengan persetujuan MT tetapi saya bercakap sama seperti beberapa orang lain bercakap, mengenai isu kempen yang agak panjang akan menyebabkan kesan buruk," Muhyiddin dipetik sebagai berkata dengan beberapa kawan rapatnya.

Difahamkan, sebelum Muhyiddin menyentuh tentang kesan buruk jika kempen pemilihan Umno yang agak panjang ini, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir ada membuat komen perkara yang sama, tetapi tidak diserang mana-mana pihak.

Menurut satu sumber yang mendakwa rapat dengan Muhyiddin, selama isu pelan peralihan ini timbul, dia sendiri tidak pernah menyebut perkara-perkara mengenai perlunya Perdana Menteri berundur, sedangkan yang konsisten menyerang meminta Abdullah berhenti ialah anak Dr Mahathir, Mukhriz.

"Buktikan saya pernah membuat desakan supaya Perdana Menteri berundur," Muhyiddin dipetik sebagai berkata.

Justeru, segala keputusan Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatannya, bukan disebabkan desakannya, malahan, Muhyiddin cukup percaya Abdullah mempunyai cukup keyakinan diri sendiri selain dari nasihat orang-orang di sekelilingnya, untuk memutuskan akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Mac ini.

Kata sumber itu, walaupun Muhyiddin bercakap mengenai keperluan memikirkan semula pelan peralihan kuasa, tetapi jika Abdullah masih mahu mempertahankan jawatan Presiden Umno, tiada siapa boleh melarangnya untuk melakukannya.

Sabtu, di penghujung minggu kedua bulan Syawal, Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan keras dari Kota Kinabalu, membidas bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya berlagak sebagai pengarah pemilihan parti Umno.

Turut dibidas, Muhyiddin yang dianggap Abdullah sebagai tidak sabar untuk menjadi Timbalan Presiden Umno dan dikaitkan dengan usaha memujuk Mohd Ali Rustam supaya tidak bertanding jawatan nombor dua dalam parti itu.

Sehubungan dengan itu, beberapa pihak mendakwa, orang-orang yang pro Abdullah menjalankan tugas mereka, mencari pencalonan bagi mencukupkan quota Mohd Ali supaya layak bertanding jawatan Timbalan Presiden, supaya Muhyiddin tidak akan menang mudah.

Tidak mustahil, kata beberapa pihak, Najib juga akan 'bermain kayu tiga' dengan pertandingan kali ini, memandangkan ada cakap-cakap mengatakan peranan Mohd Ali akan lebih kepada peranan menjaga parti, seperti yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba, ketika menjadi Timbalan Presiden Umno suatu ketika dahulu.

Malahan, Najib ketika mengulas hasrat Mohd Ali untuk meneruskan niatnya bertanding jawatan timbalan ini, berkata sesiapa pun boleh bertanding selagi tidak menyalahi perlembagaan (Umno), yang menyebabkan bahagian-bahagian (Umno) yang belum mengadakan persidangan, bersedia membuat pencalonan kepada Mohd Ali.

Kata mereka yang pro Mohd Ali (dan pro kepada Abdullah), Najib akan lebih selesa menjadi Perdana Menteri, jika Mohd Ali menjadi timbalan Presiden Umno kerana faktor Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh dikatakan akan menjadi Timbalan Perdana Menteri, atas perlantikan Najib dan Mohd Ali akan menjadi Timbalan Presiden, tetapi kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.

Semua cerita dan ramalan ini, turut dikaitkan dengan 'percaturan' yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, yang kini dilihat sudah berbaik-baik semula dengan Tengku Razaleigh.

Dr Mahathir yang dituduh akan menjadi Perdana Menteri Penasihat kepada Najib, didakwa akan menjadikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah Najib.

Cerita ini, walaupun mungkin sukar dipercaya tetapi tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana poitik ini penuh dengan 'permainan mustahil' yang tidak memerlukan sebarang bukti.

Bukan perkara baru, seorang Timbalan Presiden Umno tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana Ghafar sudah memulakannya, apabila Tun Musa Hitam berundur dahulu.

Kata mereka lagi, Najib hanya memerlukan Mohd Ali sebagai Timbalan Presiden Umno selama sepenggal sahaja, kerana selepas tiga tahun, Najib dilihat mahu menobatkan Dato' Seri Hishammuddin Hussein sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.

Hishammuddin perlu menang kerusi Naib Presiden kali ini, bagi memudahkannya melangkah setakuk lagi, menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri. Hishammuddin adalah anak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, dan sepupu sebelah ibu dengan Najib.

Kebetulan, Allahyarham Tun Razak, telah melantik Hussein sebagai timbalannya walaupun mereka berbesan, apabila Tun Dr Ismail Abdul Rahman meninggal dunia.

Cerita ini mungkin berulang, kerana ia seperti mengulangi kisah Tun Razak-Tun Dr. Ismail-Tun Hussein Onn dengan Najib-Tengku Razaleigh (Muhyiddin, Mohd Ali) - Hishammuddin.

Semua ini, boleh ditunggu asalkan Umno (BN) masih berkuasa lagi, selepas PRU 13. Jika tidak, semua mereka ini, mungkin berada dalam blok pembangkang, dengan Najib menjadi ketuanya. - mr

Thursday, October 23, 2008

KWSP penyelamat BSKL

KUALA LUMPUR, 22 Okt - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan kerajaan memaksa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melabur sehingga RM5 bilion untuk menyelamatkan saham di bawah nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik kerajaan.
"Apa istimewanya syarikat tersenarai di pasaran saham yang diumpankan hantaran sebesar itu? Tak kena gaya, RM5 bilion hilang sekelip mata bila dicampakkan ke lubuk pasaran saham yang belum terhenti merudum," kata beliau.

Beliau menyifatkan langkah tersebut menunjukkan kerajaan tidak bersifat saksama dalam menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat.

"Langkah memperuntukkan RM5 bilion untuk pasaran saham, tetapi sepi dalam langkah-langkah meringankan beban rakyat dan merancakkan ekonomi, adalah langkah berat sebelah," kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Jumlah RM5 bilion itu bukanlah jumlah yang kecil, katanya, malah lebih besar dari RM4 bilion yang pernah dijimatkan oleh kerajaan dengan menaikkan harga petrol dan diesel yang telah menyulitkan kehidupan rakyat satu masa dulu.

Tindakan kerajaan "mengutip" sehingga RM4 bilion dari poket rakyat itu menyebabkan mereka menderita, katanya.

Husam seterusnya mempersoalkan mengapa wang sebesar RM5 bilion itu tidak boleh diperuntukkan bagi merancakkan ekonomi negara seperti langkah "pump priming" atau insentif fiskal yang lain.

"Dua isu besar yang dihadapi oleh rakyat ialah kos hidup yang amat membebankan dan kedua, ekonomi yang lembab termasuk kejatuhan harga komoditi utama.

"Langkah-langkah mudah dan segera boleh dilakukan kerajaan untuk menurunkan kos hidup dan belanjanya tidak sebesar yang diperuntukkan untuk melonjakkan pasaran saham yang ternganga luas," katanya.

Antara langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan untuk meringankan bebaban rakyat, katanya lagi, ialah menurunkan semula tariff elektrik selari dengan penurunan harga minyak kerana asas yang digunakan oleh kerajaan untuk menaikkan tariff elektrik dulu ialah kenaikan harga minyak.

"Bila minyak sudah turun, tariff elektrik kekal tinggi, mengapa?" soal beliau.

Kerajaan juga, katanya, boleh menurunkan harga gas memasak seperti dicadangkan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM).

Harga tabung gas memasak 14 kilogram dinaikkan kepada RM24.50 ekoran kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api tidak lama dulu dan belum diturunkan, kata Husam.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan menyediakan dana tambahan RM5 bilion bagi menggandakan saiz Valuecap Sdn Bhd kepada RM10.3 bilion dan melabur di dalam saham di bawah nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik kerajaan.

Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan, kerajaan berharap suntikan dana itu akan memberikan sokongan yang sangat diperlukan oleh saham-saham utama atau blue-chip yang kini tertinggal ke belakang di bursa-bursa tempatan. -harakah

Awasi ATM MayBank

Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machine,
Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.

1. For the first time when you enter the right pin number, a message "invalid pin number" pops up.
1. Bila anda menekan no. pin (6 digits), pemberitahuan "nombor pin salah" terpapar di skrin. ?? É"Ÿï¿½/SPAN>

2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message "invalid pin number, please call this number "xxx-xxxx" pops up.
2... Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan "nombor pin salah, sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin"

3. If you call this number, you will lose all your money.
3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.


NOTE: if you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM 700.00 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did not withdraw any money. Please forward this to your friends.
Nota: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan.
Sekian harap maklum.


Best Regards,
Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing
Menara Maybank
Tel : 03-20708833


Mohd Roslee Abd Rasik

Unit Marcomm, TSSSB, Tkt 18, Menara Mutiara Bangsar

Jln. Liku Off Jln. Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur

Handphone: 013 - 3411337, Office: 03 - 22971337, Fax: 03 - 22824570

Sejarah Parti PAS dgn UMNO

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5

1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

Sumber: http://presiden.pas.org.my/ DAN http://www.pas.org.my/

Emas bertukar tembaga

KUALA LUMPUR: Tiga warga Afika dipercayai bersekongkol dengan seorang wanita tempatan untuk 'membelit' ahli perniagaan di negara ini dengan menawarkan serbuk emas palsu bernilai RM2.4 juta kononnya dibawa khas dari sebuah negara di benua berkenaan.

Seorang daripada mangsa yang mahu dikenali Yusof, 44, kerugian RM60,000 apabila membeli sekilogram serbuk emas itu pada 26 September lalu yang bertukar menjadi serbuk tembaga selepas diuji dalam makmal.

Menurut pekerjanya yang arif mengenai ketulenan emas, Mustazarizal Mustaffa, 29, dia berurus niaga dengan wanita dan tiga lelaki itu di sebuah hotel terkenal di Jalan Ampang di sini.

Dalam pertemuan itu, wanita terbabit menutup mukanya.

Mustazarizal berkata, hasil perbincangan selama 20 hari, majikannya bersetuju membeli serbuk emas terbabit dengan harga RM60,000 sekilogram membabitkan nilai keseluruhan RM2.4 juta.

Bagaimanapun, dia berkata, majikannya mengakui hanya sanggup membeli satu kilogram menyebabkan wanita terbabit yang dipercayai dalang kepada lelaki Afrika berang lalu tidak mahu meneruskan urus niaga.

Ini menyebabkan Mustazarizal diminta menemui wanita terbabit yang dilihat cuba melengahkan pertemuan dengan lelaki Afika itu sehingga jam 10 malam.

Menurutnya, dia terpaksa berbuka puasa dengan wanita berusia 40-an terbabit, malah dapat melihat wajahnya yang terpaksa membuka penutup muka bagi menjamah makanan.

"Akhirnya, ketiga-tiga lelaki itu tiba ke lobi hotel kira-kira jam 10 malam sebelum mengadakan perbincangan mengenai serbuk emas yang hendak dibeli.

"Seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Rashid menyoal saya mengenai kelengkapan yang dibawa selain wang tunai RM60,000.

"Wanita terbabit diarahkan lelaki itu supaya menempah bilik hotel bagi membolehkan urus niaga dijalankan," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Rashid memeriksa bilik hotel berkenaan diikuti dua lagi rakannya yang memakai jubah dan kopiah kira-kira 10 minit kemudian.

Mustazarizal melihat dua lelaki itu membawa beg beroda yang dipercayai mengandungi serbuk emas dijanjikan.

Menurutnya, dia hairan walaupun memberitahu hanya mahu membeli satu kilogram serbuk emas, lelaki terbabit dipercayai membawa lebih 10 kilogram.

"Rashid membuka beg itu sebelum dua rakannya mengeluarkan guni yang mengandungi serbuk emas. Mereka menaburkan sejumlah serbuk emas di atas plastik yang dipercayai melebihi sekilogram.

"Serbuk emas itu dimasukkan ke dalam dua lagi beg plastik sebelum dibalut pita pelekat dan diserahkan kepada wanita berpurdah terbabit," katanya.

Sebelum serbuk emas itu dibungkus, Mustazarizal diberi kira-kira enam gram serbuk emas untuk diuji bagi membuktikan ketulenannya.

Dia ke bilik air kira-kira 10 minit bagi menguji menggunakan alat khas dan bahan kimia sambil diikuti Rashid.

"Saya mendapati ia serbuk emas tulen. Wanita terbabit menyerahkan serbuk emas yang dibungkus sebelum saya menyerahkan RM60,000 kepadanya. Tanpa berlengah, dia mengambil RM10,000 sebelum menyerahkan RM50,000 lagi kepada lelaki Afrika terbabit.

Selepas lelaki itu beredar, Mustazarizal menimbang serbuk emas berkenaan menggunakan peralatan dibawa sebelum mendapati ia terlebih 58 gram.

Wanita terbabit mahu dia membeli baki serbuk emas, tetapi enggan berikutan tidak membawa wang mencukupi.

Dia menghantar wanita itu ke tempat meletak kereta kira-kira jam 11.30 malam.

"Saya membawa pulang serbuk emas yang dibungkus itu untuk diuji bersama majikan sebelum terkejut apabila mendapati ia serbuk tembaga yang memang tiada nilai.

"Kami membawanya di makmal ujian khas di Sungai Besi dan sekali lagi dikesan tidak ada kandungan emas dalam serbuk itu. Ia 100 peratus serbuk tembaga," katanya yang tidak menyangka diperdaya wanita berpurdah.

Muszatarizal berkata, dia percaya wanita terbabit diperalatkan tiga lelaki asing itu untuk melakukan penipuan kerana bukan saja fasih bertutur bahasa Inggeris, malah alamat rumah di Klang yang diberi didapati tidak wujud.

Dipercayai katanya, wanita itu menukarkan bungkusan asal dengan bungkusan yang mengandungi serbuk tembaga disimpan dalam baju.

"Sebaik menyedari ditipu, saya dan majikan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi jam 5 pagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan mengenai kejadian itu yang membabitkan seorang peniaga emas.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan, termasuk mengesan wanita yang disyaki bagi bersekongkol dengan tiga lelaki Afrika terbabit.

Matinya adalah Jihad

Bandung - Meski belum jelas eksekusi Amrozi cs akan dilaksanakan kapan, namun Gerakan Reformis Islam (Garis) telah menyiapkan satu hektar lahan untuk pemakaman Amrozi cs di Cianjur.

Lahan pemakaman yang diberi nama Taman Pemakaman Mujahid (TPM) itu berlokasi di Kampung Bobojong, Desa Bobojong, Kecamatan Mande, Kabupaten Cianjur.

Menurut ketua pengurus wilayah Garis Jabar, Suryana Nurfatwa, tanah tersebut merupakan tanah wakaf yang pemiliknya adalah ketua pusat Garis, Cep Hernawan.

"Sejak 22 Agustus 2008 tanah tersebut sudah disediakan. Nanti bila Amrozi cs dikuburkan di Cianjur itu merupakan simbol batu pertama dalam penegakan syariat Islam di Indonesia," ujar Suryana saat ditemui detikbandung di kantor Tim Pengacara Muslim (TPM) Jabar, Jalan Batununggal Permai 5 no 1 Komplek Batununggal Indah, Senin (26/8/2008).

Suryana mengklaim 90 persen kemungkinan besar jenazah Amrozi cs akan dimakamkan di Cianjur. Menurutnya perihal pemakaman tersebut sudah disampaikan ke Amrozi cs dan pihak keluarga.

"Kita tinggal menunggu secara formal saja, karena pemerintah sudah menyerahkan ke pihak keluarga dan keluarga sudah menyerahkan Tim Pengacara Muslim (TPM). TPM pusat dan Jabar sudah setuju untuk penguburan Amrozi cs ini di Cianjur," pungkas Suryana.(afz/ern)- Taniah kepada pemderma & pemberian sumbangan

Berita dari Indon: http://www.detiknews.com/read/2008/08/26/115400/994711/10/satu-hektar-lahan-pemakaman-disiapkan-untuk-amrozi-cs

Bala webcam komputer

KUALA LUMPUR: Seorang kerani menjadi mangsa jerat seks siber selepas tindakannya mendedahkan tubuh bogel kepada teman lelaki melalui Internet membawa padah apabila gambar itu kini disebarkan melalui e-mel kepada pengguna Internet lain.

Lebih memburukkan keadaan apabila dua gambar bogel termasuk satu daripadanya dengan hanya memakai coli, jatuh ke tangan rakan-rakannya selepas dihantar lelaki misteri itu.

Difahamkan tindakan terbabit dilakukan suspek sebagai luahan dendam kerana kecewa dengan keputusan mangsa yang cuba memutuskan hubungan cinta mereka, baru-baru ini.

Mangsa, Nat Eng, 25, berkata dia mula mengenali lelaki misteri berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Eric, 32, menerusi satu laman sembang Internet pada Februari 2008.

Menurutnya, Eric mendakwa berasal dari Singapura dan bekerja sebagai perunding perniagaan serta kerap ke negara China atas urusan perniagaan.

"Bermula daripada perkenalan singkat itu, Eric menunjukkan minat mendalam untuk menjalani hubungan lebih serius dengan saya. Tulisannya yang penuh dengan kata-kata manis menyebabkan saya jatuh hati walaupun kami tidak pernah bersua muka.

"Tidak sampai sebulan berkawan, kami akhirnya saling menyayangi melalui dunia siber. Saya jadi kemaruk untuk berbual dengannya menerusi webcam komputer," katanya.

Menurutnya, pada masa sama, Eric mula menunjukkan belang apabila kerap kali membuat pelbagai permintaan aneh dengan meminta mangsa berpakaian seksi atau berani ketika berbual melalui webcam.

"Mungkin kerana faktor sayang, saya menjadi cuai dan mudah terpedaya sehingga menurut semua permintaannya. Malah, adakalanya saya terjebak dengan perbualan seks melalui laman web.

"Perbuatan cinta seks siber itu tambah menyedihkan apabila saya terjerat sehingga rela membogelkan diri di hadapan kamera komputer bagi memenuhi kehendaknya itu," kata mangsa yang berasal dari Petaling Jaya di sini.

Nat yang mula sedar ketelanjurannya itu akhirnya mengambil tindakan nekad untuk memutuskan hubungan intim dengan lelaki berkenaan awal Oktober lalu.

"Namun permintaan saya untuk sekadar kembali menjadi rakan biasa tidak disenangi Eric yang meluahkan rasa berang. Malah dia turut mengeluarkan kata-kata ugutan untuk menyebarkan gambar lucah saya kepada rakan-rakan dan keluarga.

"Untuk membuktikan ugutan itu, lelaki berkenaan menyebarkan sekeping gambar saya dalam keadaan hanya memakai coli kepada dua rakan saya," katanya.

Menurutnya, kewujudan gambar bogelnya itu benar-benar memeranjatkan kerana dia tidak menyangka lintas langsung 'panas' melalui webcam selama ini dirakamkan kenalan Internetnya itu.

"Dia kemudian cuba menakutkan saya dengan memberitahu ia hanya langkah fasa pertama sebelum banyak lagi gambar lain akan disebarkan. Setakat ini, sebanyak dua keping gambar saya sudah disebarkan melalui Internet.

"Lelaki itu memberi kata dua hanya akan menghentikan tindakannya itu sekiranya saya bersetuju menerimanya sebagai kekasih semula," katanya yang bertindak membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua biro berkenaan, Datuk Micheal Chong, menasihati golongan gadis supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan cinta siber tanpa mengetahui latar belakang dan maklumat tepat teman lelaki di Internet.

Ganjaran Puasa Enam

Susunan Idris Musa {idris@hmetro.com.my}

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh."

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya."

Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.

Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain 'berbuka.'

Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: 'Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa

qada.

Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab 'setiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat

sebahagian ulama.'

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh 'Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

"Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)," katanya.

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah 'membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Dosa ke2

KUALA LUMPUR: Dosa dalam dosa!. Itulah yang boleh dikatakan kepada golongan pelayan pelanggan (GRO) yang menggunakan susuk pada kemaluan mereka bagi memastikan pelanggan sentiasa tunduk dan ingat selepas kali pertama melakukan hubungan seks.

Mengulas mengenai perbuatan itu, penceramah terkenal, Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, berkata GRO ini bukan saja berdosa kerana melakukan amalan khurafat itu, malah mencari rezeki dengan cara haram berikutan sangup menjual tubuh.

"Mereka menambah dosa dan tidak memikirkannya kerana sudah berdampingan dengan syaitan yang sentiasa akan menyesatkan setiap manusia.

"Banyak cara mencari pendapatan secara halal, namun golongan terbabit sanggup melakukan perbuatan sesat semata-mata kerana nafsu dan mahukan kekayaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, golongan yang memakai susuk ini sebenarnya berdampingan dengan syaitan dan meminta bantuan daripada makhluk yang dilaknat Allah itu.

"Mereka ini sebenarnya memusnahkan diri sendiri dan masa depan tanpa memikirkan kesan dan bala yang akan diturunkan Tuhan.

"Ingatlah, suatu hari nanti kita tetap akan menjadi tua dan jatuh sakit...tiada makhluk bernyawa yang akan hidup kekal selama-lamanya," katanya yang meminta golongan itu bertaubat sebelum terlambat.

Katanya, bomoh yang memasukkan susuk juga merosakkan imej pengamal perubatan tradisional lain yang menggunakan jalan yang betul dan meminta bantuan daripada Allah untuk melakukan rawatan

Ethics in Business

Ethics in Business

A business's approach to ethics depends on the tone set at the top by its chief executive and board of directors. By tone I mean the qualities and style that characterise the organisation's behaviour, from greeting you at the reception to honouring your invoices on time.

All of this feeds through to the tone that the company, through its employees, displays towards all its stakeholders and manifests itself in how it conducts its business. Does it always endeavour to do the right thing or does it routinely cut corners to secure that deal? There is a growing recognition that an ethically bankrupt business risks becoming a financially bankrupt one. Ethics matter.

At the start-up stage, a business's core values reflect those of the entrepreneurs who formed it. This includes the way that they interact and build relationships with other parties. As the business grows, these relationships will change. The relationship that is most affected is the one between the owners and the employees. At the outset, the owners will know everyone and the growth of the enterprise will be closely allied to the effectiveness of teamwork. As a company recruits more people, the closeness of its original team may start to diminish. New employees will bring with them different values, ideas and aspirations. These can be an important part of helping the organisation to develop, but such changes do need managing. In a small company where the directors know everyone, the tone is clear. But, as the enterprise grows – and certainly once it has got to a size where not everyone familiar is with each other – problems can manifest themselves if there's a lack of guidance on what's expected of people. This underlines the importance of leadership to guide growth.

Leadership is not only about the person at the top; it manifests itself at many levels – the team leader, the project manager, the regional director and so on. It's important that they also recognise the example they're setting. It's human nature to emulate one's leader, so, if employees see that their boss is brusque and bullying in his dealings with people, they might copy him in the belief that such behaviour is the way to advance in the organisation.

How can this risk be managed? The simple way to do it is to write a code of business ethics (business principles, statement of how we do business – call it what you will). People work best when they are provided with a non-prescriptive framework within which they can operate (see table). The code sets down how business is to be conducted. Implementation, of course, is still up to individuals, but they need to know that by following the code they will be supported. Organisations following best practice tend to make this support explicit – for example, by stating: "The company will ensure employee protection in cases where their conformance with the code jeopardises the reaching of financial or other targets."

When implementing a code of ethics, it's important that the company gives its employees the means to raise their concerns about any corporate behaviour that they believe does not conform with it. In the first instance they should be able to discuss any issue with their line managers, but if they feel they can't do this, an alternative mechanism must be available to them. Every call or email to such a "speak-up" service should be treated confidentially in all cases.

Putting in a code of ethics supports a business because it's an integral part of building a culture within the organisation. By following best practice and developing a code based on shared core values in consultation with employees, it can become the glue that cements the company together.

In the main, business leaders recognise that operating ethically is the right thing to do. They also understand that it's not always easy to achieve. It only takes one individual not to behave in the way the company would expect for a customer to be lost – potentially a real cost. So there is a defensive business case to be made along with the sustainable business case, which states that ethical companies tend to be better managed, have better employment relations and achieve better financial performance in the long run!

Having a code is widely accepted as normal business practice, but it is the embedding process, led from the top, that will make the difference. A code of ethics will be effective only if there are training programmes implemented in parallel and a mechanism established for employees to raise their concerns. After all, it's hard to manage what you aren't willing to talk about.

A nine-step programme for developing corporate ethics
Find a champion. Unless a member of the board is prepared to drive the introduction of a business ethics policy, it's unlikely that it will be a useful tool.


Identify core vales. Ensure that your company has established core values. If it hasn't yet done so, identifying them must be the next step.


Secure endorsement from the board. Values and ethics are matters of corporate governance. The board must be enthusiastic not only about having such a policy but also about receiving regular reports on its operation.


Find out what bothers people. Merely endorsing a standard code or copying that of another company will not suffice. It's important to find out the issues on which employees require guidance.


Pick a well-tested model. Use a framework that addresses issues as they affect different constituents of the company (a "stakeholder model"). The usual ones are: shareholders, employees, customers, suppliers and the local/national community.


Produce a code of business ethics. This should be distributed in booklet form or included in a staff manual or on the company's intranet.


Try it out first. The code needs testing, perhaps with a sample of employees drawn from all levels and locations.


Issue the code and make it known. Publish and send the code to all employees, suppliers and others. State publicly that there's a code and an implementation programme that covers the whole company.


Make it work. The policy needs to be endorsed and launched by the chief executive and distributed to all levels and locations. Practical examples of the code in action should then be introduced into all internal and external training programmes, including induction courses. A review mechanism should be established and a code "master" needs to be appointed.
Source: Simon Wesley, Developing a Code of Business Ethics, Institute of Business Ethics, 2003.

Effective communication

What is effective communication?
Most of the time, we hear about communicating more effectively with the people around us. But what exactly is effective communication? We asked Louise Clark, a career and interview coach, about it and here is the first of Louise's two-part story as she warms up to the task and shares with us on the need to communicate effectively.

On average, about 70% of our time is spent communicating, whether it is verbal, non-verbal or through listening, reading or writing.

In basic terms, communication is the transmitting of an idea or an opinion from one person or group to another person or group; an exchange of ideas. Effective communication is required to ensure the message is delivered, received, interpreted and acted upon in the way it was intended.

Whoever you are – an office junior, CEO or stay at home dad – effective communication is key to achieving both your personal and professional goals.

There are two main elements to Effective Communication, assertive speaking and active listening.

Assertive speaking - To project yourself (verbally and non-verbally) in a direct, confident and relaxed way in order to be able to deliver your message, image or idea in the way that you meant it to be heard, whilst at the same time encouraging the audience to do the same.

Active listening - Utilizing empathy and respect to listen to both the content (verbal) and the emotional (non-verbal) elements of the message, idea or image being delivered in order to hear the message as it was meant to be heard.

Effective communication requires more than just words. It needs positive, direct and confident body language, facial expressions, pace and tone of your voice to all add weight to what you want to say.

Professor Mehrabian of the University of California looked at how face-to-face communication is received by any listener. The research discovered effective communication is based around three main areas, with the content or words used only accounting for 7% of the whole message.

Impact of communication









Achieving Effective Communication
At school we are taught to read, write and speak appropriately. I am sure we can all remember a teacher telling us to 'be quiet' or the ever popular 'shut up and (listen)'. But with the lack of formal training to listen, coupled with stress, deadlines and tension at work, it is not surprising that we can go through our work and home life without properly listening.

We are often caught in a tug-of-war scenario where more than one person is trying to speak at the same time, struggling for control of the conversation resulting in no one receiving the right message. Tension is created, the conversation takes an adversarial tone and ineffective communication takes over. Effective communicators are aiming to achieve a 'see-saw' style interaction, where one person is the speaker and the other person is listener. This usually switches between the people involved as they aim to achieve the same goal - mutual understanding and collaborative working.

To be continued in Part 2.

About Louise Clark
Louise Clark is a career and interview coach. Following a highly successful career in Human Resource management, she now commits herself to empowering others to achieve their full potential, both personally and professionally. As a coach, her goal is to support and encourage, listen and plan, partner with her clients to achieve lasting change, and make their spiritual, personal and professional dreams a reality. Louise obtained a Bachelor degree with honours in Theology from Manchester University, a post-graduate degree in Human Resource Management from a London Business School and accredited coach training with iPEC in New York. She is a recognized member of the Chartered Institute of Personnel Development and the International Coaching Federation. For more writings by Louise Clark

'Pengkid' haram

KOTA BHARU: Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penampilan 'pengkid' iaitu perempuan yang menyerupai penampilan dari segi pakaian serta tingkah lakunya seperti lelaki adalah haram.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, pengkid atau juga digelar 'tomboy' kini menjadi satu isu dan fenomena serius di kalangan anak gadis negara ini dan ia perlu ditangani segera supaya tidak terus berkembang hingga sukar diatasi.

"Majlis Fatwa mendapati isu pengkid kini semakin ketara dan dari segi hukumnya, kita menyatakan ia haram dan berharap penomena ini tidak berleluasa dan minta ibu bapa serta masyarakat melihat perkara dengan lebih serius supaya ia tidak menular dalam masyarakat.




"Malah yang lebih membimbangkan majlis fatwa ialah pengkid ini sudah melarat kepada perkara berkaitan seksual dengan meminati sesama sejenis," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-83, di sini.

10 Kebaikan Coke...Cubalah!!!

Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click. 10 kebaikan
air Coke Cola

satu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian
santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan
2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
______________________________________________

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
______________________________________________

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk
mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
______________________________________________

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!
______________________________________________

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
______________________________________________

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
______________________________________________

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
______________________________________________

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!
______________________________________________

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
______________________________________________

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
______________________________________________

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
______________________________________________
______________________________________________

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada
Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!
Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time
raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.





--------------------------------------------------------------------------------

Saturday, October 18, 2008

Web yg mesti dilawati

Pengkuan Mahathir, tengok sampai habis baru tahu
http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=98

http://www.terengganukini.net/
http://www.harakahdaily.net/
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://kelantankini.kuliah.net/
http://kelantankini.com/
http://www.tranungkite.net/v7/
http://buletinonline.net/
http://www.dppkk.org/
http://www.pasjohorbahru.com/
http://nikabduh.wordpress.com/
http://webtv.pas.org.my/
http://www.raudhatussakinah.jim.org.my/
http://alhusseyn51.blogspot.com/
http://wtv8.tv/v3/
http://www.anwaribrahim.com/
http://wanita.keadilanrakyat.org
http://anwaribrahimblog.com
http://presiden.pas.org.my
http://www.husammusa.com
http://www.parti-pas.org
http://webtv.pas.org.my
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://www.mppas.blogspot.com
http://ms.wordpress.com/tag/murtad
http://idrisahmad.wordpress.com
http://peguampas.blogspot.com
http://docpearl.blogspot.com
http://pemuda.pas.org.my
http://www.damaitv.com
http://takiyuddinhassan.blogspot.com

Gula dan Bahayanya

Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan.
Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak
langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga
adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang
lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?
Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
>Glukosa
>Fruktosa
>Laktosa
>Maltosa
>Sukrosa
>Sirap Glukosa
>Sirap maple
>Molases
>Sirap hitam
>Sirap kencana
>Dektrosa
>Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis
yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.
Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!

"Kita adalah apa yang kita makan".

Friday, October 17, 2008

Giant diMersa Mall, MB merugikan rakyat

Mesra Mall, diKerteh, Terengganu. Inilah kalau tersalah pileh peminpim, dulu semasa pecah tanah diresmi oleh MB Deris Jusuh (org UMNO Tganu kata - Kami nak Deris Jusuh natang # maksudnya - berani sumpah org UMNO terhadap Yg Dipertua Agung digelar binatang) kerana menolak Mat Said MB sekarang, tetapi agung tak mahu MB Deris Jusuh yg boros buat masjid perhiasan (kristal) RM350Juta. Pok Loh cuba merayu, tetapi agung tak hiraukan permitaan PM, akhirnya PM akur kepada agung, kini melantik Mat Said sebagai MB. Kata Deris lagi beliau tidak serah jawatan Pengerusi perhubungan UMNO Neg TRG kpd Mat Said, refer berita TV3, RTM > pagi esok Deris Jusoh sudah serah jawatan itu kpd M Said (Rakyat UMNO Trg tertipu). didalam proses planning projek > Deris Jusuh minta Petronas buat dikampungnya dibesut (Rakyat Trg sekali lg tertipu) Hari jummaat 10/09/2008 bukalah secara resmi www.mesramall.com.my - sebagai mutiara kemasek - didalam terdiri kedai foto, mdn selera, hiburan,jam, kecantikan, kasut, emas, kamdar, pizza, dan bank CIMB, MyBANK serta GIANT - sehingga sekarang Giant tak dapt dibuka walau pun barang sudah penuh. Alasannya MB Mat Said suruh pindahkan bangunan yg telah siap keKijal, jaraknya 20KM .... Memang bodoh rakyat pileh UMNO. Itulah UMNO > otak ada tak pakai, guna kepala buntuh. Kini perkerja Giant dibayar gaji berkerja diPetaling Jaya ...kesian. Anak Watan Kemasek diatas kacau bilau perihal politik UMNO yang banggal lagi tolol. kemana perginya pengikut Deris Jusoh > kini telah dicucuk hidung oleh Mat Said. Fikirkan dgn akal yg waras ....wajarkah semua ini berlaku. Rakyat sibuk kenaikan harga minyak, Mat Said beli 20 kereta Mech ...bila siasat > Perdana diganti injin baru harga RM50 ribu > tapi invoice palsu > injin tetap lama juga > adu keBPR > org UMNO punya kerja > Bebas dari tuduhan ...ini kerja gila. ....Jeng ..jeng beli bas untuk hiasan pula. Itulah membazirnya UMNO .....rakyat dibiarkan makan siput BABI. Orang sokong UMNO macam BABI juga. Badan besar makan cacing tanah. Gila..gila..adakah ini bukan fakta.??????????

Thursday, October 16, 2008

Abdullah tidak pertahan jawatan Presiden Umno

Abdullah tidak pertahan jawatan Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti, Mac depan. Beliau juga memberitahu bahawa akan berundur sebagai Perdana Menteri menjelang Mac depan.

Salam utk ibu Sufiah Yusof

Salam buat Pn. Halimahton dan anak2. Semoga puan dan keluarga sentiasa dilindungi Allah SWT. Pertamanya maaf jika tulisan saya ini agak panjang, namun ada yang saya ingin kongsi bersama puan. Secara peribadi saya turut merasa simpati dan sedih di atas apa yg berlaku pada Sufiah, juga puan sekeluarga yang secara tidak langsung turut menanggung akibatnya. Entah kenapa, saya juga terasa dekat dgn puan walau kita tak kenal satu sama lain, apatahlagi jarak UK-M’sia yg ckup jauh..namun satu kebetulan saya juga anak kelahiran Muar, Johor dan juga atas sbb kita saudara sesama Islam membuatkan saya terpanggil untuk memberi komentar. Dalam isu Sufiah, sebagai org Islam, saya simpati dgn puan. Untuk pengetahuan puan, kita juga mungkin kebetulan mengalami nasib yang agak serupa. Di waktu ini, saya, mak dan adik-beradik sedang bertungkus-lumus membawa adik perempuan saya balik ke pangkal jalan. Hanya kerana culture shock belajar di IPTA (universiti) adik saya jadi lupa diri sehingga melupakan jasa ibu yang selama 9 bulan mengandung dan membesarkan. Hingga saat ini, adik saya telah hampir 2 bulan mengikut teman lelaki, katanya ke rumah ibubapa teman lelakinya. Tapi, dia fikir kami kakak2 dan abang2nya bodoh..adik saya hidup hanya nak enjoy, dah macam takde hala tuju. Akhirnya pelajaran pun tercicir, masa depan bakal gelap kalau dia tidak beringat2 dan sedar dari sekarang. Walau cukup didikan agama dan dunia oleh ibubapa, tapi jika diri sendiri tidak mahu berubah tak bermakna apa-apa. Benarlah, iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Sedangkan mak dan arwah ayah saya tak pernah kurang dalam mendidik anak2, terutama bab2 agama Islam. Cuma mungkin adik saya tak sempat merasa kasih sayang arwah ayah kerana meninggal dunia ketika adik saya berusia 3 tahun, namun itu bukan alasan untuk tagih kasih syg lelaki. Rasanya cukup melimpah ruah kasih sayang kami abang2 dan kakak2nya serta ibu kepada adik bongsu saya yang masa kecil sangat comel, dia cukup kami sayangi dan manjakan. Masih ingat lagi ketika kecil, (siapa org Johor taulah, mungkin negeri lain pun punya sistem yang sama) kami di Johor mempunyai sistem pendidikan sekolah agama yang sangat istimewa. Adik saya juga tamat belajar sekolah agama. Saya lihat, pelajar2 universiti di M’sia sekarang kebanyakannya mcm culture shock. Gadis2 Melayu kini nampak seronok diusung boyfriend keluar masuk hotel, disko dan terlibat dgn segala macam maksiat. Ini cerita benar, kawan baik saya sekolah maahad, tapi bila masuk universiti, tudung labuh ‘terbang’, pakaian dah macam tak cukup kain, paling teruk duduk bersekedudukan pulak dengan bangsa asing sampai bila ditanya kalau kawin nanti mahukah teman lelaki masuk islam, dia boleh jawab “tak kisahlah, mana2 pun boleh. islam pun boleh, apa2 pun boleh!” Nau’zubillah! APA SUDAH JADIK DENGAN GADIS MELAYU ISLAM?? Saya hanya mampu beristighfar panjang, masyaAllah!! Mereka ini ada otak!! Kenapa agama Islam diketepikan? Saya juga kini seorang ibu kepada 2 anak2, sebagaimana harapan ibu saya pada saya agar anak2 jadi insan berguna, begitulah harapan saya pada anak2 saya agar menjadi anak2 soleh dan solehah. Hingga saat ini, kami tak putus2 cari ikhtiar membawa adik saya ke pangkal jalan serta berubat, termasuklah kononnya adik saya kena minyak pengasih, katanya di tahap kronik. Rasanya dah banyak org kami minta pertolongan, secara tradisional atau lain2. Air yasin segala macam masjid, semuanya belum berhasil. Hanya doa ibu serta adik-beradik kini tak lekang dari bibir mohon Allah SWT beri hidayah buat adik bongsu kesayangan kami ini. Rasanya ibu saya dah kering airmata, namun apa yang pasti Allah itu Maha Mendengar. Terkini ada org pandai2 bagi jalan, cuba air wuduk ibu ditadah dalam bekas, serta disapukan ke tubuh badan adik ketika tidur, insyaAllah dengan izin Allah SWT jika ilmu2 salah akan terhapus dengan air wuduk ibu sendiri. Wallahua’lam.Kita hanya mampu berikhtiar, namun Allah SWT yang berkuasa menentukan. Apa yang pasti, setiap yang terjadi tentu ada hikmah di sebaliknya. Cuma harapan saya agar puan Halimahton ikhtiar terus cari jalan, umpama kita main layang2, bila terlepas talinya, cuba sedaya upaya tangkap tali itu. Bila dah berjaya pegang ekor tali layang2, pegang ianya sekuat hati dan jangan sekali2 bagi ianya terlepas lagi. Mereka ini umpama layang2, terlalu mudah ditiup angin. Kita inilah saudara terdekat yang patut memastikan agar kita tidak lagi terlepas pandang dan cuba sedaya upaya agar tali iman itu tidak terlepas atau terputus terus, Na’uzubillah. Teruskan memberikan pendidikan agama Islam pada anak2 puan, maklum hidup di rantau orang apatahlagi bumi Inggeris macam2 boleh jadi. Sebagai orang Islam, berdosa kita kalau hanya tunggu dan lihat tanpa berbuat apa2. Saya ambil kesempatan ini memuji usaha pihak2 yang berkenaan baik kerajaan atau pembangkang untuk mengembalikan adik Sufiah ke jalan yang diredhai Allah, juga pangkuan keluarga. Dan sebagai keluarga, kita terus berusaha dan berdoa, jika dikabulkan Allah, saya pasti ianya pengakhiran yang cukup manis dan bererti buat kita semua, syukur padaNya. Namun, jika sebaliknya, terimalah ketentuan Illahi serta qada’ dan qadarnya, mereka yang pilih sendiri jalan kehancuran itu, namun kita masih teruskan doa agar mereka diberi hidayah tidak sesat lebih jauh apatahlagi murtad, Nau’zubillah. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah terbesar, buat puan dan adik-beradik Sufiah teruskan IKHTIAR+DOA+SABAR….. Semoga ianya menjadi iktibar buat kita SEMUA!! Apa yg berlaku pada Sufiah, puan Halimahton dan keluarga tidak mustahil akan berlaku pada kita kerana hidup ini umpama roda..kalau tak kita, anak cucu kita.. nau’zubillah! BALASAN ALLAH SWT ITU PASTI, SYURGA NERAKA ITU BENAR.. Kepada yang menderhaka pada ibubapa dan terlampau sosial serta tak ingat agama, bertaubatlah sebelum terlambat..ingat, sebelum matahari terbit dari barat!! Salam kembali buat puan Halimahton dan anak2, harap tabahkan hati.. Wassalam.