Thursday, October 23, 2008

'Pengkid' haram

KOTA BHARU: Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penampilan 'pengkid' iaitu perempuan yang menyerupai penampilan dari segi pakaian serta tingkah lakunya seperti lelaki adalah haram.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, pengkid atau juga digelar 'tomboy' kini menjadi satu isu dan fenomena serius di kalangan anak gadis negara ini dan ia perlu ditangani segera supaya tidak terus berkembang hingga sukar diatasi.

"Majlis Fatwa mendapati isu pengkid kini semakin ketara dan dari segi hukumnya, kita menyatakan ia haram dan berharap penomena ini tidak berleluasa dan minta ibu bapa serta masyarakat melihat perkara dengan lebih serius supaya ia tidak menular dalam masyarakat.




"Malah yang lebih membimbangkan majlis fatwa ialah pengkid ini sudah melarat kepada perkara berkaitan seksual dengan meminati sesama sejenis," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-83, di sini.

No comments: