Sunday, October 26, 2008

'Cinta Perdana' - Sek. Dungun

KUALA TERENGGANU - Sebuah sekolah di pedalaman Dungun yang menjadi lokasi rakaman klip video aksi panas pelajar perempuan bertajuk 'Tayangan Perdana', diserbu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), semalam.

Sumber dalaman sekolah itu memberitahu Kosmo!, pegawai-pegawai terbabit datang kira-kira pukul 12 tengah hari untuk menemui pihak pentadbiran dan unit kaunseling sekolah bagi bertanyakan rekod pelajar berkenaan.

Bagaimanapun, Kosmo! difahamkan usaha menemui 'pelakon' utama dan perakam aksi itu yang merupakan pelajar sekolah berkenaan tidak kesampaian kerana kedua-duanya tidak lagi bersekolah di situ.

Sumber itu memberitahu, satu 'pelan' khas telah dibuat bagi menutup kes tersebut iaitu dengan memindahkan pelajar perempuan terbabit ke sekolah di luar Dungun kira-kira seminggu lalu.

"Pelajar lelaki terbabit pula sudah berhenti sekolah minggu lepas mungkin untuk menutup malu keluarganya dan pihak sekolah," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, kedua-dua urusan pertukaran dan pemberhentian pelajar terbabit dilakukan secara senyap oleh pihak sekolah berkenaan.

Kosmo! semalam menyiarkan rakaman klip video panas menampilkan aksi seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Dungun yang dirakam seorang pelajar lelaki lain ketika berada dalam kelas.

No comments: