Tuesday, March 17, 2009

Biasiswa Belia & Sukan

Dear All,

I have received this sms & heard it from YB myself on this Biasiswa hence thought of sharing with all.

- Biasiswa dari Kementerian Belia & Sukan untuk melanjutkan kursus kemahiran dalam
bidang juruelektrik, industrial technician, chef & sistem komputer.

- Places must be filled by 15th March 2009

- Students are also given RM210 as allowances. For more info Pls contact Ms Selvi at 013-3310456


Pls FORWARD This NOW itself as we have limited days balance.


Lets Make it Happen Together !

ISMAILIAH AJARAN HADHARI

NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989

PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN

En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.

JADUAL/ SCHEDULE

( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]

DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor

Surah Al Kahfi

Ini lah dia scenario idaman VATICAN!!!!, di akhir-akhir zaman ni kita disuruh membaca surah al-kahfi yang sudah menyuruh kita berjaga-jaga dengan golongan yang mengatakan tuhan ada anak....ini lah zaman tu!!!

Kuasa yang berada di belakang VATICAN itu ialah JESUITS!!! yang baju hitam tu semua, yang baju putih tu semua hanya lah sebagai umpan untuk mendapat simpati termasuk POPE NAZI BENNEDICT tu......jangan tertipu dengan kata2 POPE baju putih tu, konon nya mereka membela umat islam tetapi di belakang tabir sedang giat memurtadkan jutaan umat islam!!! Melaka jatuh kerana VATICAN, agent2 mereka lah yang menjajah kita seperti Portugis!!, FRANCIS XAVIER tu orang kesayangan pengasas JESUITS IGNATIUS LOYOLA!!!!

Vatican dari awal lagi sudah menaja banyak ulama2 islam dan yang bukan islam(contohnya macam kawan si anwar di georgetown university tu John Esposito...) jadian yang akan suite purpose mereka....Georgetown University yang si Anwar pernah mengajar tu salah satu university jesuits utama, ini lah tempat mencari dan melatih badut2 baru JESUITS!!! ATENEO DE MANILA University yang siap bagi pengiktirafan kepada si Anwar tu pun salah satu University JESUITS!!!

Inter-religious dialogue tu salah satu perangkap yang dipasang oleh JESUITS untuk umat islam, ONE WORLD RELIGION menjadi idaman VATICAN sejak lama dah, scenario perjumpaan Pak Lah,Anwar dan beberapa pemimpin agama lain tu sebiji macam yang dibuat oleh Vatican sejak lama dah, Dallai Lama tu JESUITS trained la kawan2....

Setakat Wolfowitz, Joe Biden tu hanya laaaa taraf2 anjing dan kucing saja yang tujuan nya hanya untuk jadi pelakon dan akhirnya jadi scapegoat saja, that's all!! kalau nak cari punca problem di sekitar Middle East tu cari lah KING JUAN CARLOS of SPAIN(KNIGHTS OF MALTA, ni badut2 si GRANDMASTER KNIGHTS OF MALTA yang baru tu MATTHEW FESTING) tu, beliau ditugaskan oleh JESUITS/VATICAN untuk menjaga Middle East...YAHUDI ZIONIST tu semua hanya lah scapegoat saja dalam permainan ni, the real jewish elite hanya sedikit sahaja jumlah nya dalam keluarga2 elite illuminati tu(mereka ni lah keluarga2 yang sama yang ingin membunuh banyak nabi2 dan rasul sepanjang sejarah....), yang lain2 tu hanya lah scapegoat semata-mata......KING JUAN CARLOS of SPAIN tu laaa key
--
Amir JAmal
Sunway Kuala Lumpur

Suicide a cry for help

We wish to express our deep concern over the decision by the authorities to press criminal charges against a 32-year-old man in Klang for attempted suicide (The Star, March 6) as this man was already undergoing treatment for mental illness.

In December 2008, a 16-year-old girl was charged in the Kuala Terengganu court for threatening to commit suicide.

The inability to cope with crises and unbearable emotional pain could have driven these unfortunate people towards suicide. Suicidal persons are often overwhelmed by a sense of helplessness, hopelessness, isolation and despair. A suicide attempt should be seen as a cry for help.

Those attempting suicide are usually not determined on ending their lives. They are confronted by ambivalent feelings of wanting to end it all, but at the same time wanting to find a way to carry on with life.

Many who attempt suicide are unaware of sources where they could seek emotional support. The availability of emotional support at a time of crisis could be crucial and could make the difference between life or death.

While the laws of the land must be respected, we appeal to the authorities to treat attempted suicide cases with compassion and mercy. They need compassion and counselling, not prosecution and punishment.

The authorities should enforce the law only as a last resort, and that should be to obtain a court order to ensure that someone who attempts suicide seeks medical treatment; or if the person’s actions could endanger himself or others.

Our professional mental health consultants note that a significant percentage of people who attempt suicide are affected by mental disorders and they need medication as well as counselling.

Suicide still remains a taboo subject in the community. NGOs need to work in partnership with the authorities towards reducing suicides. The public also needs to be educated on how to recognise suicidal feelings and offer emotional support to persons facing a crisis.

Suicidal thoughts can affect anyone, irrespective of age, status or ethnic origin. People at high risk to suicides need to be made aware of the places they could go to to seek help.

The Health Ministry has reported that every day, seven persons, mainly youths and young adults, end their lives by suicide in Malaysia. An estimated 140 persons attempt suicide daily. Currently, there are Befrienders centres in Penang, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Malacca, Johor Baru and Kota Kinabalu.

Befrienders are willing to assist those who wish to initiate counselling centres which should be manned by committed, well-trained volunteers with the guidance of mental health professionals and with the support of relevant authorities.

The Befrienders can be contacted by phone or e-mail at: e-mail: sam@befrienders.org.my (for e-mail counselling), website: www.befrienders.org.my

Kuala Lumpur: 03-79568145 (crisis hotline - 24 hours),

Penang: 04-2811108 (3.30pm - 10.30pm)

Ipoh: 05-5477933 (4pm - midnight)

Seremban: 06-7653588 (7pm - midnight)

Malacca: 06-2842500 (7pm - midnight)

Johor Baru: 07-3312300 (7pm - midnight)

Kota Kinabalu: 088-255788(7pm - 10pm)

S. GANGADARA VADIVEL,
President,
National Council of Befrienders Malaysia.

Web pondok Perak

salam sejahtera kpd semua..

pg ni,rasa cm nak post something plak..sepatutnya bercuti mpai habis exam minggu depan.haha...alhamdulillah exam semalam dptku lalui dgn tenang..segalanya dimudahkan Allah..

harini terbaca tentang jasa bekas MB Perak,Hj Nizar untuk membela org2 melayu especially para pelajar madrasah dan pondok di sana..

DI sertakan di sini,bukti surat penghargaan dari Madrasah Addiniah Al-Latifiah di perak,yang sebelum dinafikan hak mereka,beratus2 sekolah agama rakyat dan pondok terpaksa ditutup selepas bantuan kewangan kepada mereka di tarik balik oleh kerajaan,atas alasan2 yang tak munasabah.Blog Madrasah tersebut di http://addiniahallatiffiah.blogspot.com/

Boleh dapatkan maklumat lanjut di http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/2009/02/penghargaan-pondok-pak-teh.html

http://www.malaysiakini.com/news/98049

http://bloggersnetworkmalaysia.com/?p=436#comment-2429

http://wearetheworld2009.blogspot.com/2008/12/pondok-pak-teh-dan-mb-perak.html

Ini adalah antara penganugerahan hak milik tanah,yang diklasifikasikan sebagai "perkauman" dan tidak adil oleh pemimpin kerajaan dan juga media masa yang berat sebelah macam dacing yang sedia senget sebelah.apakah makna adil bagi mereka?Inilah yang dikatakan betapa beratnya berlaku adil,kerana even berlaku adil pun ada yang mengatakannya tidak adil.Mungkin dengan adanya penganugerahan projek kepada kaum kerabat barulah adil namanya.

Sejak balik dr perak haritu,aku lihat ramai sgt even ahli keluarga sendiri yang salah faham isu pemberian tanah kepada org cina di perak.

Fakta pertama,pemberian tanah itu juga melibatkan kebanyakannya org melayu,tapi yang di paparkan di suratkhabar," Kerajaan Perak bagi tanah kpd org cina".

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli).

Fakta kedua,penipuan media yang mengatakan Hj Nizar dikawal dan dipaksa oleh DAP untuk bagi tanah tu.Sebenarnya salah sama sekali,manifesto pemberian hak tanah ini adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Persoalan lain : habis tu,tanah yang cina dapat tu,cmne melayu nak survive.

Jwpn : melayu takkan dapat survive smpai bila2 dengan sikap pemimpin yang masih ada masa sekarang.Tanah yuang di beri kepada kaum cina itu adalah kepada mereka yang memerlukan.Bukan cina yang sudah kaya raya,rumah banglo keta berderet-deret.Tetapi org cina yang dah tinggal berpuluh-puluh tahun,yang dah tua,yang sederhana dalam kehidupan mereka.Mereka pernah dijanjikan untuk diberi hakmilik tanah di bawah kerajaan perak pimpinan Bn sebelum ini.tetapi tak pernah ditunaikan.

Apakah mereka perlu dinafikan hak hanya semata-mata mereka "org cina"? Islam mengajar untuk kita bersama-sama hidup dalam dunia dengan muafakat.Ketika zaman Rasulullah juga,hak-hak orang2 yahudi juga dijaga dengan baik oleh Nabi,even merekalah penentang yang utama.Jadi apa hujah untuk menafikan orang cina untuk mendapat bantuan dari pemimpin kerajaan?adakah ini satu "kezaliman" seperti yang diwarwarkan media?fikirkan sendiri.

Mari kita lihat penjelasan isu tanah,undisclosed explanation yang pasti takkan masuk dalam utusan.Lihat di http://bloggersnetworkmalaysia.com/?p=604

Apa " keadilan" yang telah dilakukan kerajaan BN di perak sebelum ini?mari kita singkap semula


1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tenah rizab melayq di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

isu sekarang semua tanah tu adalah dari jenis 'Simpanan Melayu' yang patut diganti dengan tanah lain yang sama keluasannya.Dan polisi "adil" ini dilaksanakan secara saksama di seluruh Malaysia :)

apa fakta tentang tanah rizab melayu yang kononnya diperjuangkan selama ini?

Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut, hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya tidak diganti, atau mungkin terus lesap.

Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus. Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.

Sekarang ni,Bekas MB Selangor,Khir Toyo pun nak jadi jaguh mempertahankan hak melayu konon2nya di Selangor.Tapi,memang beliau telah melakukan kesilapan besar dengan menuduh pemberian lembu korban sebagai "corrupt".Satu persatu Corruption yang beliau lakukan sebelum ini terbongkar,isu elaun bernilai ratusan ribu dari PKNS,isu lawatan ke luar negara di sana sini,yang kdg2 tak releven sja antaranya London, Beijing, Los Angeles, Dubai, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.,kos yang ditanggung kerajaan negeri lebih 300 ribu untuk kos pengangkutan shj,tk termasuk yang lain2..penyalahgunaan dana BALKIS melebihi 1 juta,dan sebagainya.bacaan lanjut di http://www.malaysiakini.com/news/100072

oleh itu..adakah ini yang dinamakan keadilan? tepuk dada,tanya iman.

Dipetik dari http://khallys.blogspot.com/

Rawi dan Haris - UMNO Kedah

0leh Muhammad Sanusi Md Nor
Bendahari Dewan Pemuda PAS Kedah.

Apabila di tanya oleh seorang wartawan kepada YAB Menteri Besar Kedah tentang hal Rawi (Ketua Pemuda UMNO Kedah) dan Haris (Setiausaha) yang kelihatan senyap dari membangkitkan isu derhaka, secara spontan Menteri Besar menjawab...” Budak-budak..bila dah letih bermain, letih melompat dia tidoq laaa...bangkit satgi melompat pula..”

Itulah gaya budak-budak UMNO yang keletihan bermain. Bermain bagi budak-budak adalah rutin harian yang paling menyeronokkan, dan bermain tidak menghasilkan apa-apa selain keletihan...kalaupun ada istana pasir, akan runtuh, kalau ada tin sardin dan tin susu, akan berselerak dan kalau ada daun kopi dalam tempurung main masak-masak, akan tonggang langgang terbalik. Daun yang belum ’dimasak’ akan layu dan kering. Kalau nak main semula, esok kutip daun kopi atau daun bunga raya pula... campur sikit air, campur pasir sikit, jadi nasi dan gulai.

Selain nasik dan gulai, daun tu juga menjadi duit, lesen motor, dan surat saman. Batang lesung tumbuk padi, pokok durian yang terbalik atau apa saja yang panjang akan jadi kereta, bas atau motor. Tayar kereta sorong yang tercabut akan jadi stereng, dan bunyi bbrrrrmm...bbrrrmmmm.....bunyi enjin yang terhenti-henti bergantung kepada nafas panjang pendek, kekadang bersambung-sambung tapi tak sama. Lepas tu main police centri, tibai lalat, main jengkek, tuju para dan guli kandang.. kalau ada sungai, main terjun dan buat tarzan pacak kepala..bila jari tangan dan teloq dah kecut, pakat ajak balik lahhhh...

Itulah permainan budak-budak yang penghujungnya adalah keletihan dan tidur adalah sangat lazat. Maka bapak pun tepuk anak suruh tidur.... kalau dah tak ke bendang atau tak dak orang datang bersembang sebelah petang, mak pak pun masuk ’tidoq’ juga laaa.

Tepat sekali perihal atau perumpamaan YAB MB bagi kepada Rawi dan kawan-kawannya tentang budak-budak letih bermain itu. Macam-macam ’permainan’ yang diatur oleh Rawi dan Harris dalam isu ’derhaka’, hingga jadi lawak jenaka. Ternyata begitu ’rendah’ dan leceh isu yang cuba dijuarai oleh dua budak buas yang jadi ’debar bas’ dan polis, yang saman pemandu dan semua penumpang bas sekali kerana tak ada lesen, pakai daun bunga raya pulak tu.

Sudahnya, budak-budak lain yang jadi gerabak keretapi dan tukang bunyi enjin bas pun senyap juga laaa.... pakat balik tidoq habih dah ka???

Sayang sekali YB Rawi yang jadi ADUN cuba melompat isu derhaka, tapi dia sendiri tak pernah mai majlis-majlis yang disusun sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Dia dijemput oleh bahagian protokol sebagai ADUN untuk meraikan majlis, pihak istana sediakan tempat dan jamuan, dia tidak hadir... setahu saya dia pernah menjadi Pegawai Khas kepada Dato’ Seri Mahadzir Khalid, baru setahun lalu, jalan ke istana masih diingat dan pakaian istiadat masa terima pingat pun masih baru lagi. Apa alasan beliau tidak hadir??? Kalau dalam tradisi Islam, tidak hadir ke majlis kenduri yang dijemput dikira zalim, tidak hadir ke istana bila dijemput, bolehkah dikira derhaka??

Di celah-celah Rawi dan Haris yang berkokok riuh rendah tu, ada ’cerdik pandai’ pemuda UMNO yang turut mengekor, termasuk anak Dato Setiausaha Kerajaan (SS) pun kelihatan di situ, mana tak nampaknya...besar bukan main..sama besar dengan pintu keretanya. Saya yakin, penglibatannya dalam pemuda UMNO tiada sangkut paut dengan jawatan ayahdanya, tapi mau diingat, Dato SS juga adalah Setiausaha Sulit KDYMM Tuanku Sultan. Tumpang bertempik dengan Rawi dan Haris berasaskan surat layang yang tak tau dari mana asalnya, menjejaskan kredibilitinya sebagai orang cerdik pandai, anak pegawai tinggi kerajaan. Saya juga ’percaya’ jawatan Dato’ SS tidak ada sangkut paut dengan kredibiliti anaknya yang boleh dipersoalkan.

Saya juga percaya, kedaulatan dan kemuliaan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang begitu mahsyur keperibadian dan kebijaksanaannya tidak perlu ’ditongkat’ oleh keriuhan pemuda UMNO yang bergelojoh ke hulu ke hilir hanya berasaskan surat layang. Kalau pemuda UMNO Kedah berpendapat bahawa tindakan mereka berasaskan sehelai surat layang itu telah melonjakkan kedaulatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah, saya bimbang mereka sebenarnya telah mencalarkan ketinggian pribadi, kemuliaan dan kedaulatan pihak Tuanku Sultan yang terbina sejak 50 tahun lalu. Jika demikian, kalianlah penderhaka sebenarnya.

Pergilah tidur wahai Pemuda UMNO.... berbantalkan surat-surat layang yang dikarang sendiri....bangun nanti melompatlah lagi...Kami tunggu.

SPRM apa lagi tangkaplah

SPRM tunggu laporan lembaga disiplin Umno
Mar 17, 09 7:52pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ia perlu menunggu laporan daripada Lembaga Disiplin Umno berhubung sebarang dakwaan berkaitan politik wang yang membabitkan pemimpin dan ahli Umno.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Syukri Abdul berkata pihaknya menunggu laporan daripada parti itu sebelum boleh mengambil tindakan selanjutnya.

"Kita memerlukan maklumat asas dan laporan daripada parti itu. Kita tidak boleh membuat dakwaan jika tiada laporan yang dibuat. Itu tindakan (siasatan) mereka (Umno) sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama.

Lembaga Disiplin Umno hari ini mendapati Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang juga Naib Presiden Umno, bersalah mengikut Perkara 10.1

Tataetika Ahli Umno kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Atas kesalahan itu, Mohd Ali dikenakan larangan bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti minggu depan.

Pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan 14 lagi ahli Umno yang didapati bersalah di bawah Perlembagaan dan Tataetika Ahli Umno, termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, hanya diberi amaran.

SPRM kata tak buleh buat dakwaan kalau tak ada laporan. ish..ish..ish...sejak bila pulak jadi "TAK BERMINAT" nak siasat ni.

dulu masa nik aziz kata ada org2 jumpa dia nk bg rasuah TERUS je BPR keluarkan semua akta2 BPR kononnya buleh dakwa nik aziz, bla...bla...bla... dah tu TERUS je jumpa nik aziz soal siasat.

ish...ish...ish...kali ni baik budi bahasa betul kan pengarah siasatan SPRM tu...

jom kita pakat ramai2 tolong umno buat aduan ke SPRM...

Thursday, March 5, 2009

Belajar computer sikit

check sini
http://www.bloggertipsandtricks.com/2008/10/jquery-expandable-post-summary.html

dia kata gi ke LAYOUT ...
kemudian tekan EDIT HTML
ok .. tengok kat belah kanan atas kotak HTML ada "Expand Widget Templates"

selepas tu cari "head"

nak tau macamana nak senang cari tu..
tekan control F ... nanti ada keluar colomn kosong dan masukkan "head". secara oto dia akan cari.

kemudian ambil skrip yang di tunjukkan situ, masukkan sebelum "head"

kemudian cari pulak

cari code ke 2 yang di berikan

padamkan semua html tu dan gantikan dengan

code HTML yang ke 3 yang di berikan

ok ... tekan priview kat butang bawah HTML tu.
kalau dah ok .. SAVE.

Tuesday, March 3, 2009

PTPTN - Kesian

http://img154.imageshack.us/img154/7840/36002334go1.jpg

Sunday, March 1, 2009

Jiwa yang sihat

Assalammualaikum w.b.t.

Jiwa yang sihat dan tenteram memiliki beberapa tanda, sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab ،§Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan.،¨ Di antara tanda-tanda tersebut adalah mampu memilih segala sesuatu yang bermanfaat dan memberikan ketenteraman kepada jiwanya. Dia tidak memilih perkara-perkara yang berbahaya atau yang menjadikan jiwanya sakit atau menderita. Tanda jiwa yang sakit adalah sebaliknya. Santapan jiwa yang paling bermanfaat adalah keimanan dan ubat yang paling mujarab adalah al-Quran. Selain itu, jiwa yang sihat memiliki sifat sebagaimana berikut:

1. Matlamatnya Akhirat
Jiwa yang sihat bergerak dari dunia menuju ke akhirat dan seakan-akan telah sampai di sana. Sehingga dia merasa seperti telah menjadi penghuni akhirat dan putera-puteri akhirat. Dia datang dan berada di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing, yang mengambil sekadar keperluannya, untuk segera kembali ke negeri asalnya. Nabi s.a.w bersabda, "Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau (musafir) yang melalui suatu jalan." (HR. al-Bukhari)

Bila jiwa seseorang itu sihat, dia akan mengembara menuju akhirat dan menghampirinya, sehingga seakan-akan dia telah menjadi penghuninya. Sedangkan bila jiwa tersebut sakit, maka dia akan terlena dengan dunia dan menganggapnya sebagai negerinya yang kekal, sehingga jadilah dia hamba kepadanya.

2. Keinginan Menuju Allah s.w.t.
Di antara tanda tenteramnya jiwa ialah selalu mendorong seseorang untuk kembali kepada Allah s.w.t. dan tunduk kepada-Nya. Dia bergantung hanya kepada Allah, mencintai-Nya sebagaimana seseorang mencintai kekasihnya.. Tidak ada kehidupan, kebahagiaan, kenikmatan, kesenangan kecuali hanya dengan ridha Allah, merasa dekat dan rasa jinak terhadap-Nya. Merasa tenang dan tenteram dengan Allah, berlindung kepada-Nya, bahagia bersama-Nya, bertawakkal hanya kepada-Nya, yakin, berharap dan takut hanya kepada Allah .

Maka jiwa tersebut akan selalu mengajak dan mendorong pemiliknya untuk mecari ketenangan dan ketenteraman bersama Ilah sembahannya. Tatkala itulah ruh benar-benar merasa kehidupan dan kenikmatan dan menjadikan hidupnya lain daripada yang lain, bukan kehidupan yang penuh dengan kelalaian dan berpaling dari tujuan penciptaan manusia. Untuk tujuan menghamba kepada Allah s.w.t inilah syurga dan neraka diciptakan, para rasul diutus dan kitab-kitab diturunkan.

Abul Husain al-Warraq berkata, "Hidupnya jiwa adalah dengan mengingat Zat Yang Maha Hidup dan Tidak Pernah Mati, dan kehidupan yang nikmat adalah kehidupan bersama Allah, bukan selain-Nya."

Oleh karena itu terputusnya hubungan seseorang dengan Allah s.w.t. adalah lebih dahsyat kepada orang-orang arif yang mengenal Allah daripada kematian, karena terputus dari Allah adalah terputus dari al-Haq, sedang kematian adalah terputus dari sesama manusia.

3. Tidak Bosan Berzikir
Di antara tanda sihatnya jiwa adalah tidak pernah bosan untuk berzikir mengingat Allah s.w.t Tidak pernah merasa jemu untuk mengabdi kepada-Nya, tidak terlena dan asyik dengan selain dari Nya, kecuali kepada orang yang menunjukkan jalan kepada Nya, orang yang mengingatkan dia kepada Allah s.w.t. atau saling mengingatkan dalam kerangka berzikir kepada-Nya.

4. Menyesal jika Tertinggal dari Berzikir
Jiwa yang sihat akan rasa menyesal, merasa sedih dan sakit melebihi sedihnya seorang bakhil yang kehilangan hartanya jika tertinggal atau terlupa berzikir.

5. Rindu Untuk Beribadah
Jiwa yang sihat selalu rindu untuk menghamba dan mengabdi kepada Allah s.w.t. , sebagaimana rindunya seorang yang lapar terhadap makanan dan minuman.

6.Khusyu' Dalam Shalat
Jiwa yang sihat akan meninggalkan segala keinginan dan sesuatu yang bersifat keduniaan ketika sedang menunaikan solat. Sangat berhati-hati dalam masalah solat dan bersegera melakukannya, serta memperolehi ketenangan dan kenikmatan di dalam solat tersebut. Baginya solat merupakan kebahagiaan dan penyejuk hati dan jiwa.

7.Keinginannya Hanya kepada Allah
Jiwa yang sihat, keinginannya hanya satu, iaitu kepada segala sesuatu yang diridhai Allah s.w.t..

8. Menjaga Waktu
Di antara tanda sihatnya jiwa adalah merasa sayang jika waktunya hilang dengan sia-sia, melebihi sayang seorang yang kikir terhadap hartanya.

9. Muhasabah dan Memperbaiki Diri
Jiwa yang sihat senantiasa memberi perhatian untuk terus memperbaiki amal, melebihi perhatian terhadap amal itu sendiri. Dia terus bersemangat untuk meningkatkan keikhlasan dalam beramal, mengharap nasihat, mutaba'ah dan ihsan (seakan-akan melihat Allah s.w.t. dalam beribadah, atau selalu merasa dilihat Allah). Di samping itu dia selalu memperhatikan pemberian dan nikmat dari Allah s.w.t. serta kekurangan dirinya di dalam memenuhi hak-hak-Nya.

Demikian di antara beberapa fenomena dan karakteristik yang menunjukkan sihatnya jiwa seseorang.

Dapat disimpulkan bahwa jiwa yang sihat dan tenteram adalah qalbu yang himmah (keinginannya ) kepada sesuatu yang menuju Allah s.w.t. , mencintai-Nya dengan sepenuhnya, menjadikan-Nya sebagai matlamat. Jiwa raganya untuk Allah, amalan, tidur, bangun dan bicaranya hanyalah untuk-Nya. Dan ucapan tentang segala yang diridhai Allah lebih dia sukai daripada segala pembicaraan yang lain, fikirannya selalu tertuju kepada apa sahaja yang diridhai dan dicintai-Nya.

Berkhalwah (menyendiri) untuk mengingat Allah s.w.t lebih dia sukai daripada bergaul dengan orang, kecuali dalam pergaulan yang dicintai dan diridhai-Nya. Kebahagiaan dan ketenangannya adalah bersama Allah, dan ketika dia mendapati dirinya berpaling kepada selain Allah, maka dia segera mengingat firman-Nya,

"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.،¨ (QS. 89:27-28)

Dia selalu mengulang-ulang ayat tersebut, dengan harapan dia akan mendengarnya nanti pada hari Kiamat dari Rabbnya. Maka akhirnya jiwa tersebut di hadapan Ilah dan Sesembahannya yang Haq akan terwarna dengan sibghah (celupan) sifat kehambaan. Sehingga jadilah dia abdi sejati sebagai di segi sifat dan karakternya, ibadah adalah nikmat bukannya beban yang memberatkan. Dia melakukan ibadah dengan rasa gembira, cinta dan rasa dekat kepada Rabbnya.

Ketika diajukan kepadanya perintah atau larangan dari Rabbnya, maka hatinya berkata , "Aku sambut panggilan-Mu, aku penuhi dengan suka cita, sesungguhnya aku mendengar, taat dan akan melaksanakannya. Engkau berhak dan layak mendapat semua itu, dan segala puji kembali hanya kepada-Mu.،¨

Apabila ada takdir menimpanya maka dia mengatakan, " Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, miskin dan memerlukan-Mu, aku hamba-Mu yang fakir, lemah tidak berdaya. Engkau adalah Rabbku yang Maha Mulia dan Maha Penyayang. Aku tidak mampu untuk bersabar jika Engkau tidak menolongku untuk bersabar, tidak ada kekuatan bagiku jika Engkau tidak membantuku dan memberiku kekuatan. Tidak ada tempat bersandar bagiku kecuali hanya kepada-Mu, tidak ada yang dapat memberikan pertolongan kepadaku kecuali hanya Engkau. Tidak ada tempat berpaling bagiku dari pintu-Mu, dan tidak ada tempat untuk lari dari-Mu.،¨

Dia mempersembahkan segalanya hanya untuk Allah s.w.t, dan dia hanya bersandar kepada-Nya. Apabila ditimpa sesuatu yang tidak disukai maka dia berkata, "Rahmat telah dihadiahkan untukku, ubat yang sangat bermanfaat dari Zat Pemberi Kesembuhan yang mengasihiku." Jika dia kehilangan sesuatu yang dia sukai, maka dia berkata, "Telah disingkirkan keburukan dari sisiku."

Semoga Allah s.w.t memperbaiki jiwa kita semua, dan menjaganya dari penyakit-penyakit yang merosak dan membinasakan, Amin.

Al Anbiyaa' ayat 105
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".

Nurkilan : mdnazir575@yahoo.com