Tuesday, March 17, 2009

Web pondok Perak

salam sejahtera kpd semua..

pg ni,rasa cm nak post something plak..sepatutnya bercuti mpai habis exam minggu depan.haha...alhamdulillah exam semalam dptku lalui dgn tenang..segalanya dimudahkan Allah..

harini terbaca tentang jasa bekas MB Perak,Hj Nizar untuk membela org2 melayu especially para pelajar madrasah dan pondok di sana..

DI sertakan di sini,bukti surat penghargaan dari Madrasah Addiniah Al-Latifiah di perak,yang sebelum dinafikan hak mereka,beratus2 sekolah agama rakyat dan pondok terpaksa ditutup selepas bantuan kewangan kepada mereka di tarik balik oleh kerajaan,atas alasan2 yang tak munasabah.Blog Madrasah tersebut di http://addiniahallatiffiah.blogspot.com/

Boleh dapatkan maklumat lanjut di http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/2009/02/penghargaan-pondok-pak-teh.html

http://www.malaysiakini.com/news/98049

http://bloggersnetworkmalaysia.com/?p=436#comment-2429

http://wearetheworld2009.blogspot.com/2008/12/pondok-pak-teh-dan-mb-perak.html

Ini adalah antara penganugerahan hak milik tanah,yang diklasifikasikan sebagai "perkauman" dan tidak adil oleh pemimpin kerajaan dan juga media masa yang berat sebelah macam dacing yang sedia senget sebelah.apakah makna adil bagi mereka?Inilah yang dikatakan betapa beratnya berlaku adil,kerana even berlaku adil pun ada yang mengatakannya tidak adil.Mungkin dengan adanya penganugerahan projek kepada kaum kerabat barulah adil namanya.

Sejak balik dr perak haritu,aku lihat ramai sgt even ahli keluarga sendiri yang salah faham isu pemberian tanah kepada org cina di perak.

Fakta pertama,pemberian tanah itu juga melibatkan kebanyakannya org melayu,tapi yang di paparkan di suratkhabar," Kerajaan Perak bagi tanah kpd org cina".

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli).

Fakta kedua,penipuan media yang mengatakan Hj Nizar dikawal dan dipaksa oleh DAP untuk bagi tanah tu.Sebenarnya salah sama sekali,manifesto pemberian hak tanah ini adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Persoalan lain : habis tu,tanah yang cina dapat tu,cmne melayu nak survive.

Jwpn : melayu takkan dapat survive smpai bila2 dengan sikap pemimpin yang masih ada masa sekarang.Tanah yuang di beri kepada kaum cina itu adalah kepada mereka yang memerlukan.Bukan cina yang sudah kaya raya,rumah banglo keta berderet-deret.Tetapi org cina yang dah tinggal berpuluh-puluh tahun,yang dah tua,yang sederhana dalam kehidupan mereka.Mereka pernah dijanjikan untuk diberi hakmilik tanah di bawah kerajaan perak pimpinan Bn sebelum ini.tetapi tak pernah ditunaikan.

Apakah mereka perlu dinafikan hak hanya semata-mata mereka "org cina"? Islam mengajar untuk kita bersama-sama hidup dalam dunia dengan muafakat.Ketika zaman Rasulullah juga,hak-hak orang2 yahudi juga dijaga dengan baik oleh Nabi,even merekalah penentang yang utama.Jadi apa hujah untuk menafikan orang cina untuk mendapat bantuan dari pemimpin kerajaan?adakah ini satu "kezaliman" seperti yang diwarwarkan media?fikirkan sendiri.

Mari kita lihat penjelasan isu tanah,undisclosed explanation yang pasti takkan masuk dalam utusan.Lihat di http://bloggersnetworkmalaysia.com/?p=604

Apa " keadilan" yang telah dilakukan kerajaan BN di perak sebelum ini?mari kita singkap semula


1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tenah rizab melayq di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

isu sekarang semua tanah tu adalah dari jenis 'Simpanan Melayu' yang patut diganti dengan tanah lain yang sama keluasannya.Dan polisi "adil" ini dilaksanakan secara saksama di seluruh Malaysia :)

apa fakta tentang tanah rizab melayu yang kononnya diperjuangkan selama ini?

Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut, hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya tidak diganti, atau mungkin terus lesap.

Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus. Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.

Sekarang ni,Bekas MB Selangor,Khir Toyo pun nak jadi jaguh mempertahankan hak melayu konon2nya di Selangor.Tapi,memang beliau telah melakukan kesilapan besar dengan menuduh pemberian lembu korban sebagai "corrupt".Satu persatu Corruption yang beliau lakukan sebelum ini terbongkar,isu elaun bernilai ratusan ribu dari PKNS,isu lawatan ke luar negara di sana sini,yang kdg2 tak releven sja antaranya London, Beijing, Los Angeles, Dubai, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.,kos yang ditanggung kerajaan negeri lebih 300 ribu untuk kos pengangkutan shj,tk termasuk yang lain2..penyalahgunaan dana BALKIS melebihi 1 juta,dan sebagainya.bacaan lanjut di http://www.malaysiakini.com/news/100072

oleh itu..adakah ini yang dinamakan keadilan? tepuk dada,tanya iman.

Dipetik dari http://khallys.blogspot.com/

No comments: