Tuesday, March 17, 2009

Rawi dan Haris - UMNO Kedah

0leh Muhammad Sanusi Md Nor
Bendahari Dewan Pemuda PAS Kedah.

Apabila di tanya oleh seorang wartawan kepada YAB Menteri Besar Kedah tentang hal Rawi (Ketua Pemuda UMNO Kedah) dan Haris (Setiausaha) yang kelihatan senyap dari membangkitkan isu derhaka, secara spontan Menteri Besar menjawab...” Budak-budak..bila dah letih bermain, letih melompat dia tidoq laaa...bangkit satgi melompat pula..”

Itulah gaya budak-budak UMNO yang keletihan bermain. Bermain bagi budak-budak adalah rutin harian yang paling menyeronokkan, dan bermain tidak menghasilkan apa-apa selain keletihan...kalaupun ada istana pasir, akan runtuh, kalau ada tin sardin dan tin susu, akan berselerak dan kalau ada daun kopi dalam tempurung main masak-masak, akan tonggang langgang terbalik. Daun yang belum ’dimasak’ akan layu dan kering. Kalau nak main semula, esok kutip daun kopi atau daun bunga raya pula... campur sikit air, campur pasir sikit, jadi nasi dan gulai.

Selain nasik dan gulai, daun tu juga menjadi duit, lesen motor, dan surat saman. Batang lesung tumbuk padi, pokok durian yang terbalik atau apa saja yang panjang akan jadi kereta, bas atau motor. Tayar kereta sorong yang tercabut akan jadi stereng, dan bunyi bbrrrrmm...bbrrrmmmm.....bunyi enjin yang terhenti-henti bergantung kepada nafas panjang pendek, kekadang bersambung-sambung tapi tak sama. Lepas tu main police centri, tibai lalat, main jengkek, tuju para dan guli kandang.. kalau ada sungai, main terjun dan buat tarzan pacak kepala..bila jari tangan dan teloq dah kecut, pakat ajak balik lahhhh...

Itulah permainan budak-budak yang penghujungnya adalah keletihan dan tidur adalah sangat lazat. Maka bapak pun tepuk anak suruh tidur.... kalau dah tak ke bendang atau tak dak orang datang bersembang sebelah petang, mak pak pun masuk ’tidoq’ juga laaa.

Tepat sekali perihal atau perumpamaan YAB MB bagi kepada Rawi dan kawan-kawannya tentang budak-budak letih bermain itu. Macam-macam ’permainan’ yang diatur oleh Rawi dan Harris dalam isu ’derhaka’, hingga jadi lawak jenaka. Ternyata begitu ’rendah’ dan leceh isu yang cuba dijuarai oleh dua budak buas yang jadi ’debar bas’ dan polis, yang saman pemandu dan semua penumpang bas sekali kerana tak ada lesen, pakai daun bunga raya pulak tu.

Sudahnya, budak-budak lain yang jadi gerabak keretapi dan tukang bunyi enjin bas pun senyap juga laaa.... pakat balik tidoq habih dah ka???

Sayang sekali YB Rawi yang jadi ADUN cuba melompat isu derhaka, tapi dia sendiri tak pernah mai majlis-majlis yang disusun sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Dia dijemput oleh bahagian protokol sebagai ADUN untuk meraikan majlis, pihak istana sediakan tempat dan jamuan, dia tidak hadir... setahu saya dia pernah menjadi Pegawai Khas kepada Dato’ Seri Mahadzir Khalid, baru setahun lalu, jalan ke istana masih diingat dan pakaian istiadat masa terima pingat pun masih baru lagi. Apa alasan beliau tidak hadir??? Kalau dalam tradisi Islam, tidak hadir ke majlis kenduri yang dijemput dikira zalim, tidak hadir ke istana bila dijemput, bolehkah dikira derhaka??

Di celah-celah Rawi dan Haris yang berkokok riuh rendah tu, ada ’cerdik pandai’ pemuda UMNO yang turut mengekor, termasuk anak Dato Setiausaha Kerajaan (SS) pun kelihatan di situ, mana tak nampaknya...besar bukan main..sama besar dengan pintu keretanya. Saya yakin, penglibatannya dalam pemuda UMNO tiada sangkut paut dengan jawatan ayahdanya, tapi mau diingat, Dato SS juga adalah Setiausaha Sulit KDYMM Tuanku Sultan. Tumpang bertempik dengan Rawi dan Haris berasaskan surat layang yang tak tau dari mana asalnya, menjejaskan kredibilitinya sebagai orang cerdik pandai, anak pegawai tinggi kerajaan. Saya juga ’percaya’ jawatan Dato’ SS tidak ada sangkut paut dengan kredibiliti anaknya yang boleh dipersoalkan.

Saya juga percaya, kedaulatan dan kemuliaan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang begitu mahsyur keperibadian dan kebijaksanaannya tidak perlu ’ditongkat’ oleh keriuhan pemuda UMNO yang bergelojoh ke hulu ke hilir hanya berasaskan surat layang. Kalau pemuda UMNO Kedah berpendapat bahawa tindakan mereka berasaskan sehelai surat layang itu telah melonjakkan kedaulatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah, saya bimbang mereka sebenarnya telah mencalarkan ketinggian pribadi, kemuliaan dan kedaulatan pihak Tuanku Sultan yang terbina sejak 50 tahun lalu. Jika demikian, kalianlah penderhaka sebenarnya.

Pergilah tidur wahai Pemuda UMNO.... berbantalkan surat-surat layang yang dikarang sendiri....bangun nanti melompatlah lagi...Kami tunggu.

No comments: