Tuesday, March 17, 2009

SPRM apa lagi tangkaplah

SPRM tunggu laporan lembaga disiplin Umno
Mar 17, 09 7:52pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ia perlu menunggu laporan daripada Lembaga Disiplin Umno berhubung sebarang dakwaan berkaitan politik wang yang membabitkan pemimpin dan ahli Umno.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Syukri Abdul berkata pihaknya menunggu laporan daripada parti itu sebelum boleh mengambil tindakan selanjutnya.

"Kita memerlukan maklumat asas dan laporan daripada parti itu. Kita tidak boleh membuat dakwaan jika tiada laporan yang dibuat. Itu tindakan (siasatan) mereka (Umno) sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama.

Lembaga Disiplin Umno hari ini mendapati Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang juga Naib Presiden Umno, bersalah mengikut Perkara 10.1

Tataetika Ahli Umno kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Atas kesalahan itu, Mohd Ali dikenakan larangan bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti minggu depan.

Pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan 14 lagi ahli Umno yang didapati bersalah di bawah Perlembagaan dan Tataetika Ahli Umno, termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, hanya diberi amaran.

SPRM kata tak buleh buat dakwaan kalau tak ada laporan. ish..ish..ish...sejak bila pulak jadi "TAK BERMINAT" nak siasat ni.

dulu masa nik aziz kata ada org2 jumpa dia nk bg rasuah TERUS je BPR keluarkan semua akta2 BPR kononnya buleh dakwa nik aziz, bla...bla...bla... dah tu TERUS je jumpa nik aziz soal siasat.

ish...ish...ish...kali ni baik budi bahasa betul kan pengarah siasatan SPRM tu...

jom kita pakat ramai2 tolong umno buat aduan ke SPRM...

No comments: