Friday, July 31, 2009

Selangor dulu & kini

keris panjang - Masa khir toyo pegang mb kau dpt jadi pengerusi tu, executif ni ke...cuba ko bagi nama siapa org cina yang dapat...malah kalau ko tengok kalau kontrak yang di tawarkan oleh kerajaan negeri selangor banyak di bolot oleh kontraktor umno kelas a,penyokong pakatan rakyat satu pun tak dapat..ni berbanding dgn khir toyo pegang mb...org melayu tak dapat,org cina tak dapat,org india lg tak dapat..yang dapatnya semua kroni dan anak beranak khir toyo dan wakil rakyat reban(rejim barisan nasioanl) banyak dah aku jumpa org umno sendiri yg ada syarikat kecik2 turut memuji langkah kerajaan pakatan rakyat iaitu telus...
...kalau ko pergi kat serdang tu semua yang run stesen minyak petronas adalah sekutu rapat dgn wakil rakyat bn dun puchong,satim diman orgnya bukan berpendidikan tinggi tapi cubala jenguk2 rumahnya di taman seri serdang...dia ni kaya raya beb..
aku nak tanya keris panjang kenapa melayu jadi operator kilang sebab mereka dah di bodohkan oleh pemimpin umno,takkanla spm tak habis bila pakatan rakyat ambik kerajaan nak lantik pengerusi executif...kerajaan pakatan rakyat baru setahun jagung ambik kerajaan berbanding reban dah 50 tahun lebih oleh itu la kerajaan negeri selangor sekarang ni cuba untuk membasmi rakyat dari gejala sosial,maksiat,keruntuhan moral,keciciran pelajaran cuba dgn memberi tuisyen percuma kepada rakyat negeri selangor yang berpendapatan rendah,bukan apa untuk membantu para pelajar meningkatkan taraf hidup dengan memberi kesedaran kepada semua rakyatnya supaya belajar bersungguh2 bagi meningkat taraf hidup dan apabila besar nanti inilah yg bakal menduduki kerusi2 yang di pertikaikan oleh keris panjang itu tadi,mana umno yg di warwarkan oleh saudara sebagai pejuang bangsa ...malah rakyatnya di biarkan begitu saja..malah di tambahkan lagi dgn hiburan san dan hiburan sini,supaya keciciran pelajar makin bertambah..di ikutkan target utama kerajaan negeri selangor ialah kejayaan semua rakyat negeri selangor..berbanding dgn bn apa yg bn sumbangkan kepada anda semua org melayu khususnya...kontrak jalan,tuisyen percuma,air percuma atau duit masa pilihanraya rm50 dan upah pasang bendera..kita rakyat selangor mesti sedar...yg mana baik dan yg mana buruk..bagi aku cina mmg patut pegang jawatan besar2 bukan atas dasar dia org dap,tapi mereka berpendidikan tinggi,melayu tingkatan 3 tak lulus,wajar ke kerajaan pakatan rakyat jadikannya pensyarah ke,pengerusi executif ke atau apa2..itu kenala tanya pemimpin umno..cuba perhatikan di manakah anak mereka belajar..cuba kau perhatikan juga berapa jutakah kos rumah bekas mb umno...adakah sebelum ini kerajaan bn cukup membantu anda untuk anda mencapai kejayaan dalam peperiksaan spm...itula yg di titik beratkan oleh kerajaan pakatan rakyat yang sanggup bagi kepada rakyatnya kelas tuisyen,motivasi,kem sahsiah diri dan sebagainya demi untuk melihat rakyat negeri selangor khususnya bebas dari kemunduran,ia menjadi teras mb selangor sendiri iaitu Tan sri khalid dan di bawah kelolaan yb dr halimah sendiri...jgn tak tahu....
cuba bandingkan antara pemimpin bn dengan pemimpin pakatan rakyat...sebab itula bn sedaya upaya ingin menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat,kerana takut nanti rakyat dah sedar...yang mana sekarang ini rata2 saya pergi mereka saban hari memuji langkah yg di ambil oleh kerajaan pakatan rakyat...yg tak tahu dan tak sedar lagi adalah bangsa melayu,yg bilamana waktu mengundi dapat rm50 dah terus undi bn,mereka tak sedar mereka dah di perbodohkan oleh bn saja...ingat walau anda terpaksa berbaik dgn bn,undi adalah rahsia...pm tidak akan melihat anda ketika mengundi...kita org muda pangkah pada yg mampu memberi kebaikan,jgn waktu pilihanraya saja...tgok org cina mereka tidak sekali2 bagi undi jika kehidupan mereka terancang..berbanding dgn org melayu...sebab itu pemimpin bn tidak kesah dgn org melayu,tapi mereka cukup takut dgn org cina dan india....oleh itu ingat undi anda menjamin masa depan anda..PAKATAN RAKYAT (PAS, PKR & DAP)

No comments: